Welcome!

Promosi Hebat!

Status Pengasas Facebook ‘Sudah Kahwin’

on Isnin, 21 Mei 2012

Status Pengasas Facebook Sudah Kahwin
PALO ALTO : Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengakhiri minggu yang padat dengan urusan pengapungan syarikat laman sosial itu dengan mengumumkan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga.
Status terbarunya di laman sosial ialah “sudah berkahwin”.
Pengapungan Facebook, yang berusia lapan tahun, meletakkan syarikat itu bernilai lebih RM300 bilion.
Dia mengumumkan perkahwinan dengan teman wanita lamanya, Priscilla Chan, 27, yang dikenali sejak belajar di Harvard, semalam.
Majlis perkahwinan yang dihadiri sekitar 100 orang telah diadakan di rumahnya di Palo Alto, California.
Seperti Zuckerberg, Chan, pelajar perubatan, juga melalui hujung minggu yang padat kerana menghadiri majlis konvokesyen.
Zuckerberg menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-28 esok.
Laporan media menyebut tetamu-tetamu dijemput menjangkakan bahawa mereka akan menghadiri majlis sambutan hari graduan Chan, tetapi dikejutkan dengan majlis perkahwinan.
Cincin perkahwinan direka bentuk oleh Zuckerberg, yang mengasaskan Facebook pada 2004.
Pasangan itu kemudian berpindah ke California – lokasi ibu pejabat Facebook ditempatkan manakala Chan pula mengikuti pengajian perubatan di University of California, San Francisco.
Zuckerberg menguasai 56 peratus ekuiti dalam Facebook. – Sinar Harian





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO