Welcome!

Promosi Hebat!

Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-3 Paling Curang Di Dunia

on Rabu, 9 Mei 2012

Wauuu..Biar betul cerita ni..Tak sangka pulak rakyat Malaysia di antara golongan negara Top 3 yang paling curang di dunia..Tapi nak kata logik tu ada jugak betul nya, selalu dalam surat khabar pun dok cerita pasal kes-kes cerai -berai yang melibatkan campur tangan orang ke-tiga..Tapi apa yang paling aku sesal kan, kenapa laa benda-benda yang tak elok ja yang selalu Malaysia pegang berada di tempat tertinggi? Kalau benda yang baik-baik tu, jauh sekali (ada tu ada, tapi tak banyak sangat)..Apa-apa hal, jom baca dulu cerita kat bawah ni..
- Rakyat Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.
Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama di ikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.
Russia dan Hong Kong di tangga ke-empat dan ke-lima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.
Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.
Wanita Russia di tangga ke-empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke -lima.
Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.
Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup. Data ini adalah yang tertinggi di Asia.























































Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO