Welcome!

Promosi Hebat!

Radio Era Nombor 1 Kerana Johan Raja Lawak?

on Selasa, 8 Mei 2012


SUBANG JAYA – Stesen radio swasta, Era FM berjaya merampas semula kedudukan sebagai radio tempatan paling popular selepas beberapa tahun takhta itu dipegang oleh saluran Sinar FM apatah lagi dengan adanya penyampai baru seperti Johan Raja Lawak yang bertugas sejak Januari lalu.
Menurut Johan, dia enggan mendabik dada mengatakan Era FM muncul kembali sebagai stesen radio paling ramai pendengar kerana faktor dirinya semata-mata, sebaliknya kata pelawak berambut afro ini ia juga kerana kerjasama daripada semua peringkat di stesen radio tersebut.
“Janganlah kata Era FM naik semula semata-mata kerana saya seorang tetapi ia adalah hasil kerja keras semua pihak daripada peringkat pengurusan hinggalah yang berada di bawah. Sebenarnya para pendengar yang telah menilai Era FM dan meletakkannya pada kedudukan itu,” katanya.
Johan mengulas perkara itu sewaktu ditemui para wartawan selepas majlis penyampaian hadiah anugerah Artis Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang diterima atas kemenangannya itu di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya di sini petang semalam.
Jelas Johan yang popular menerusi kumpulan Jozan bersama pasangannya, Zizan Raja Lawak dia berasa puas kerana kerja keras, komitmen dan sumbangannya kepada Era FM membuahkan hasil biarpun dia baru kira-kira lima bulan bergelar penyampai radio sepenuh masa di situ.
“Saya rasa berbaloi kerana apa yang saya lakukan selama ini di Era FM berjaya meningkatkan lagi populariti stesen radio itu. Bayangkan setiap hari saya kena bangun pukul 4.30 pagi dan pukul 5.15 pagi saya sudah keluar rumah sebelum berada di konti pada pukul 5.50 pagi.
“Itu adalah disiplin dan rutin saya setiap hari Isnin hingga Jumaat sejak lima bulan lalu. Saya akan berterusan begini selama setahun kerana kontrak saya sebagai penyampai radio yang bergaji tetap setiap bulan dengan Era FM adalah selama setahun,” ujarnya lagi. – mynewshub.my
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO