Welcome!

Promosi Hebat!

Qi Rancang Pinang Yuna 2 Bulan Lagi

on Rabu, 2 Mei 2012

Qi Rancang Pinang Yuna 2 Bulan Lagi

KUALA LUMPUR – Hubungan cinta antara penyanyi Yuna dan bekas pemain dram kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Qi bukan rahsia lagi, malah pasangan itu kini sedang dalam proses untuk melanjutkan setapak lagi perhubungan itu melalui ikatan pertunangan tidak lama lagi.
Menurut Qi yang juga merupakan seorang pengacara rancangan televisyen dan pelakon popular, dia berasakan sudah sampailah masanya mereka bertunang selepas hampir dua tahun bercinta di mana secara tidak lamgsung ia bagi mengelakkan cakap-cakap kurang manis tentang perhubungan itu.
“Niat untuk bertunang dengan Yuna memang sudah lama ada dalam hati saya, cuma buat masa ini keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan kami masih belum mempunyai masa yang sesuai untuk bercakap lebih lanjut tentang ikatan pertunangan tersebut.
“Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini kami akan berbincang tentang perkara itu lebih lanjut lagi. Kami harap semua pihak akan mendoakan yang terbaik untuk kami agar ikatan kami itu akan berakhir ke jenjang pelamin nanti,” ulas Qi tentang perancangannya untuk bertunang itu.
Perhubungan antara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi mula menjadi buah mulut banyak pihak apabila pasangan itu dilihat banyak kali hadir bersama-sama dalam pelbagai majlis sama ada yang disertai oleh Yuna atau Qi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu akhir-akhir ini.





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO