Welcome!

Promosi Hebat!

Petua Kempiskan Perut

on Sabtu, 5 Mei 2012

Kempis dan rata menjadi idaman perempuan  untuk kelihatan cantik kat perut. Ecehh, boleh pulak nak cantik kat perut. Kahkahkah! Jom admin kongsikan sikit Petua Kempiskan Perut untuk korang ye.
kempiskan perut1 Petua Kempiskan Perut
Petua Kempiskan Perut 1
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas.  Biarkan semalaman.  Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut.  Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.
Petua Kempiskan Perut 2
Ambil sedikit daun lidah buaya.  Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa.  Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.  Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri.  Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.
Petua Kempiskan Perut 3
Sediakan limau nipis dan kapur sirih.  Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.
P/s: Cara susah sikit alaa korang buat aje sit up setiap hari takpun guna squat mesti lagi cepat perut mengempis dengan jayanya. Selamat mencuba! Wuwuwu






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO