Welcome!

Promosi Hebat!

Nora Danish Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Adi Putra

on Rabu, 23 Mei 2012

Pelakon popular Nora Danish menyangkal khabar angin yang tersebar di internet mendakwa dia punca pergolakan rumah tangga aktor Adi Putra dan isterinya, Aida Yusoff.

Tegas Nora, dakwaan itu tidak masuk akal memandangkan antara dia dan Adi memang tiada hubungan istimewa.

"Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi.

"Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya," jelas Nora ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Gambar mesra Nora Danish & Adi Putra dalam filem Aku Terima Nikahnya
"Saya akui, masyarakat mudah membuat tanggapan kerana saya dilihat sebagai wanita yang paling rapat dengan Adi. Kami berlakon bersama. Kami pergi menunaikan umrah bersama-sama. Semasa saya hendak ke Mekah, orang kata saya mahu membawa hati kerana bekas suami, Jejai berkahwin dengan Fasha Sandha. Bila balik orang kata saya pergi berseronok dengan Adi. Kami sebenarnya pergi atas jemputan Triways Travel bersama rombongan peminat. Projek itu dibuat selepas kejayaan drama Tentang Dhia lakonan kami bersama," kata Nora.

Akhbar sebelum ini melaporkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aida di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu iaitu dua hari selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.

Adi dan Nora sama-sama menunaikan umrah kerana kedua-duanya merupakan duta kepada sebuah syarikat yang menawarkan pakej umrah.Khabar angin itu diperkuatkan dengan tersebarnya gambar-gambar Nora dan Adi sepanjang mereka mengikuti rombongan umrah pada 27 April hingga 8 Mei lalu.

Nora turut menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan Adi itu kerana aktor kacak tersebut dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi masalah rumah tangga semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.

Siapa sangka, impian pasangan yang selama ini mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga itu bakal bertemu penamat yang menyedihkan.








Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO