Welcome!

Promosi Hebat!

LELAKI INI BERKAHWIN DENGAN SEPASANG KEMBAR DALAM SATU MAJLIS

on Ahad, 13 Mei 2012


Mr Wichai (Tao), 24 dari Samut Songkram yang menyara hidup dengan menjual
barang-barang lama telah berkahwin dengan kembar cantik, Cik Sirintara dan Cik Thipawan, 22 dalam majlis yang diadakan serentak.Dalam majlis pertunangan sebelum perkahwinan,
Encik Wichai berjaya menawarkan mas kahwin lapan baht emas dan 80.000 baht setiap seorang.Kedua-dua keluarga meraikan perkahwinan itu dengan kegembiraan.


Mereka bertiga telah berkawan sejak kecil lagi dan bila mereka besar, Encik Wichai tidak dapat memilih antara mereka.Akhirnya, Encik Wichai melamar mereka berdua dengan mengatakan "saya cinta dan ingin mengahwini kamu berdua''.Kembar itu terus bersetuju.


Walaupun banyak gosip dikalangan jiran-jiran, keluarga mereka tetap menyokong
perkahwinan ini.Malah ibu pengantin lelaki telah menyiapkan dua bilik
pengantin di rumah keluarga Encik Wichai.Tentang peraturan tidur dalam seminggu pula,
Encik Wichai berkata, " tiga malam dengan Cik Sirintara dan tiga malam lagi dengan
Cik Thipawan.Kami akan tidur bertiga di hari Ahad!"
Kembar itu pernah berjanji antara satu sama lain untuk tetap hidup bersama,
begitu juga dengan pemilihan suami.























































Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO