Welcome!

Promosi Hebat!

Lelaki Hadiahkan Tuala Wanita Kepada Liyana Jasmay Ditahan

on Ahad, 27 Mei 2012

Lelaki Intip Liyana Ditahan

Seorang lelaki misteri yang merupakan peminat fanatik kepada selebriti cilik comel terkenal, Liyana Jasmay telah ditangkap oleh polis pada Khamis lalu kerana menggangu privasi pelakon tersebut.

Lelaki tersebut didapati berlegar-legar di hadapan rumah Liyana Jasmay termasuk membawa hadiah. Namun, yang menjengkelkan lagi apabila lelaki tersebut turut pernah memberi tuala wanita sebagai hadiah.

Menurut Liyana, ganguan ini bukanlah kali pertama tetapi sebaliknya kali keenam sejak November tahun lalu.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sering membawa hadiah kepada Liyana seperti baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat termasuk tuala wanita.

Pihak polis telah memberkas lelaki tersebut di hadapan rumah Liyana sekitar jam 11.40 malam, kelmarin. Keluarga Liyana telah membuat laporan polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan serta rasa terancam terhadap tindakan lelaki tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup.









Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO