Welcome!

Promosi Hebat!

KOTA BHARU | BANDARAYA ISLAM

on Selasa, 8 Mei 2012

assalamualaikum semua…selamat hari minggu aku ucapkan kepada semua..dan selamat datang juga aku ucapkan kepada bloger-bloger baru diluar sana…
untuk hari ini aku teringin sangat nak buat entri pasal tanah tempat tumpahnya darah aku ni…aku tengok sekarang nih bandar kota bharu sangat-sangat berkembang…aku bangga jadi anak kelantan..
walaupun sekarang aku berada kat perlis namun hati aku selalu jer rasa macam nak balik kelantan…masa aku balik cuti raya haji rasa macam kejap jer x puas lagi derat kat bandar kota bharu..member-member semua x sempat jumpa pun lagi..walaupun jalan nak ke KB agak sesak sekarang ni tapi aku harap dengan pembinaan jalan bertingkat tidak lama lagi mampu untuk menampung bilangan kereta di atas jalan raya nanti..
sekarang ni aku nak kongsi pembangunan yang bakal dan dalam pembinanaan untuk negeri kelantan…
Gambaran artis projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dan Jejambat Kota Bharu (Nota: Gambaran artis dari arah Pasir Pekan / Wakaf Bharu menuju ke pusat bandar raya Kota Bharu dan Jalan Sultan Yahya Petra)
Gambaran artis bagi projek Jejambat Kota Bharu yang melibatkan laluan dari kepala Jambatan Sultan Yahya Petra – Jalan Hamzah – Simpang 3 Langgar. Projek ini telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan dijangka siap pada 01 Oktober 2011 (mengambil masa dua tahun). (Nota: Gambaran artis di Persimpangan Jambatan Sultan Yahya Petra (dahulunya Bulatan Kijang)).
Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua. Projek ini telah dimulakan sejak Jun 2007 lagi dan dijangka siap pada Februari 2011.
Projek KB Sentral di Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan. Projek telah dimulakan pada Februari 2010 lepas dan Fasa I (Hotel Tune) dijangka siap pada Disember 2010. Manakala Fasa II (Pangsapuri Servis) dijangka siap pada Mac 2011.
Gambaran artis projek Bazar Tok Guru dan Hotel Madinatul Raudah (5 bintang) di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Projek Fasa I (pembinaan Bazar Tok Guru) telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan dijangka siap pertengahan 2011 dan dimulakan projek Fasa II (Hotel Madinatul Raudah)
Gambaran artis projek Bazar Tok Guru dan Hotel Madinatul Raudah (5 bintang) di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. Projek Fasa I (pembinaan Bazar Tok Guru) telah dimulakan pada 01 Oktober 2009 dan dijangka siap pertengahan 2011 dan dimulakan projek Fasa II (Hotel Madinatul Raudah)
Gambaran artis Projek Pengindahan & Tebatan Banjir Sungai Kelantan berdekatan Tambatan Diraja, Kota Bharu. Projek ini dijangka siap pada Disember 2010 nanti.
Gambaran artis projek Menara Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam & Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Fasa I yang merangkumi kompleks beli-belah / pusat dagangan telah siap dan dibuka pada Ogos 2009. Manakala projek Fasa II, iaitu pembinaan pangsapuri servis setinggi 17 tingkat dijangka dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka siap pada tahun 2013. Apabila siap kelak, ketinggian menara ini ialah 25 tingkat.


Gambaran artis projek Kompleks Sukan & Rekreasi Komersial Queenspark Sportzcity & Boulevard (Queenspark) di Jalan Tanjung Chat (sebelah Taman Budaya Kelantan), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Queenspark ini merupakan sebuah kompleks sukan yang digabungkan dengan kompleks beli-belah komersial. Ia dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku keempat 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawanghttp://www.queenspark.com.my/
Gambaran artis projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Menteri Besar Kelantan (tengah) meninjau replika projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (BSIPT), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Projek Kondominium Anjung Vista di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Bandar Baharu Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Unit-unit kondominium sedang dijual.
Gambaran artis Hotel Legend Battuta Kota Bharu (5 bintang) setinggi 20 tingkat di bawah projek Battuta Ville di Persimpangan Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Battuta Ville, iaituhttp://battutaville.blogspot.com/

Cadangan projek Hotel Wakaf MAIK Kota Bharu bernilai RM20,000,000.00 setinggi 7 tingkat (107 buah bilik) di Lot 2136, Mukim Panchor, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini akan dibangunkan di dalam kawasan Kompleks Islam Sultan Ismail Petra, iaitu di sebelah Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Panji, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini dijangka dimulakan pada awal 2012 di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat-Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Bangunan tiga(3) tingkat yang dibangunkan seperti bangunan di Andalusia ini akan dibangunkan di tepi Jalan Kuala Krai yang mana jalan utama yang menghubung bandar Machang dan bandar Kota Bharu.
Bangunan yang berlatar belakangkan Negara China ini juga tidak ketinggalan daripada menjadi sebahagian daripada KOMPLEK BANGUNAN BERCAMPUR “BATTUTA VILLE”.Ia merupakan bangunan tiga(3) tingkat yang akan memeriahkan lagi keindahan komplek bangunan yang ada.
Bangunan tiga(3) tingkat bercirikan bangunan di India.Kompleks ini bersambung dengan komplek Tunisian yang mana juga akan ditempat kompleks membeli belah,perkhidmatan dan pelbagai kemudahan kepada para penghuni dan pengunjung BATTUTA VILLE.
Bangunan tiga(3)tingkat,bercirikan konsep bangunan di Tunisia.Kompleks ini akan dipenuhi oleh pasaraya yang akan menyediakan kemudahan bagi penghuni apartment dan hotel untuk membeli belah dan menikmati semua perkhidmatan lain yang turut di sediakan di kompleks ini.
Bangunan kedai tiga(3) tingkat yang berkonsepkan ciri-ciri bangunan di Mesir.Dengan rekabentuk yang amat menarik,kedudukan yang strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu,di penjuru yang menghubungkan Jalan Telipot dan Jalan Kuala Krai yang berjaya menambat hati usahawan untuk memperkembangkan sayap perniagaan mereka.
Bangunan berkembar 20 tingkat , hotel yang akan diuruskan oleh LEGEND HOTEL KL dan servis apartment yang terdiri daripada unit-unit studio,1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik.






























Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO