KUALA LUMPUR – Bapa kepada Raja Mohammad Syazni, 23, iaitu Raja Mohammad Rasyid Raja Salehuddin, mengakui anaknya yang mesra dipanggil dengan panggilan Bubu tertekan dengan tumpuan media yang diberikan di Indonesia.
Bubu mula menjadi tumpuan media di Indonesia setelah mendedahkan hubungan cintanya yang serius dengan artis negara tersebut, Fatimah Syahrini Zailani, 29, atau Syahrini di Jakarta pada minggu lalu.
“Dia (Bubu) kini di Indonesia dan mengakui tertekan dengan tumpuan diberikan media di sana,” kata Raja Mohammad Rasyid.
Dalam pada masa yang sama, bapa Bubu langsung tidak menghalang hubungan cinta anaknya dengan artis negara seberang itu.
Malah, turut mengakui keluarganya juga mengenali Syahrini dengan rapat sejak dua tahun lalu.
Raja Mohammad Rasyid dan isterinya, Shanim Khanam juga memberitahu pernah berjumpa dengan Syahrini setelah mengetahui Bubu mempunyai hubungan yang serius dengan wanita tersebut.
“Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya,” katanya yang dipetik dari laporan akhbar Metro Ahad.
Bubu dan Syahrini menjalinkan hubungan intim sejak dua tahun lalu ketika Syahrini mengadakan persembahan di sini pada Disember 2010.
Hubungan yang pada mulanya hanyalah sebagai seorang sahabat yang turut diperkenalkan oleh teman masing-masing bertukar menjadi intim dan berputik rasa cinta selepas beberapa bulan dipertemukan.
Pasangan itu juga sudah memberitahu bakal bernikah pada awal tahun hadapan dalam sidang media di Jakarta yang diadakan pada minggu lepas.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan