Johan atau nama sebenanrya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28 dikhabarkan akan menyertai kumpulan lawak Sepahtu. Namun begitu, Johan sendiri tidak mengetahui tentang khabar tersebut dan menegaskan khabar angin itu tidak benar sama sekali.
“Khabar angin itu tidak benar. Saya pun terkejut apabila membaca akhbar tersebut yang mengatakan saya bakal sertai Sepahtu. Bagi saya, ia merupakan sebuah khabar angin yang mengarut kerana saya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini.”
Johan yang juga merupakan ahli kumpulan Jozan bersama Zizan Razak dengan nada berseloroh menambah, berita itu timbul mungkin kerana ada sebilangan orang yang ingin melihatnya dalam kumpulan tersebut. Akan tetapi itu hanyalah khabar angin yang tidak benar.
Apabila ditanya kepada Shuib, salah seorang ahli Sepahtu, dia juga terkejut apabila khabar angin itu tersebar luas kerana dia dan Johan tidak pernah pun berbincang mengenai kemasukan ahli baru dalam kumpulannya itu.
“Apabila membaca ruangan pojok itu, saya terkejut, kerana Johan pun tidak pernah berbincang dengan saya tentang hal ini. Saya bertanyakan kepada seorang lagi ahli Sepahtu, Jepp, dan dia juga tidak tahu tentang berita ini. Apa-apa pun, saya enggan mengulas lanjut tentang hal ini, rasa pelik pula apabila berita sebegini timbul.”
Walaubagaimanapun, Shuib dan Jepp tidak mempunyai masalah sekiranya Johan ingin sertai kumpulannya itu bagi memeriahkan lagi industri hiburan tempatan. Begitulah bial sudah popular. Ada saja cerita-cerita begitu timbul. Teringin juga lihat gabungan Sepahtu dan Jozan.
P/S:MANA MUNGKIN JOHAN MAHU MENINGGALKAN JOZAN YANG SUDAH SEBATI DENGAN DIRINYA? SETUJU TAK?
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan