Welcome!

Promosi Hebat!

Johan Raja Lawak Ambil Cuti Berehat Selama 3 Minggu

on Rabu, 2 Mei 2012


Kawan baik Zizan iaitu Johan Raja Lawak pula telah mengambil keputusan untuk cuti berehat selama tiga minggu. Buktinya, mulai Selasa lalu (30 April 2012), suara Johan tidak lagi kedengaran di Johara Pagi Era dan tempatnya telah digantikan oleh juara Raja Lawak musim ke enam iaitu Shiro yang dibarisi Shahrol dan Ajak.
Menurut sumber terdekat Johan, pelawak ini telah mengesahkan untuk mengambil cuti rehat yang panjang dan tidak mengambil sebarang tawaran berlakon atau persembahan lain.
Bagaimanapun, dalam tempoh percutian itu, Johan masih lagi sempat meluangkan masa selama beberapa hari untuk membuat rakaman program bual bicara terbaru khusus untuk dirinya.
Difahamkan, program berkenaan sedang rancak dirakamkan dan bakal disiarkan di Astro Warna (saluran 132) tidak lama lagi dengan melibatkan beberapa pelawak terkenal seperti Didie Alias.
Sungguhpun judul program tersebut masih belum diketahui, ada segelintir pihak mendakwa program berkenaan diterbitkan untuk menggantikan program bapa saudara Johan iaitu Salleh Yaacob menerusi program SY I Follow.
Pun begitu, sama ada benar program berkenaan digantikan atau tidak, ianya masih lagi menjadi tanda tanya selagi pihak Astro masih belum membuat pengumuman rasmi atau pun sidang media.
Apa yang pasti, selepas tamat rakaman program baru ini, Johan sekeluarga akan berangkat pula ke luar negara selama seminggu untuk bercuti.
Di manakah lokasi pilihan Johan masih belum diketahui lagi.
Sepanjang Johan bergelar artis, inilah baru pertama kali Johan Raja Lawak mengambil keputusan untuk bercuti dalam tempoh masa yang lama.
Credit to Murai
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO