Welcome!

Promosi Hebat!

Ibu Dihalang Bawa Pulang Bayi Gagal Bayar Bil

on Jumaat, 25 Mei 2012

Ibu Dihalang Bawa Pulang Bayi Gagal Bayar Bil
Greece : Sebuah hospital di Greece didakwa menghalang seorang ibu daripada membawa pulang bayi yang baru dilahirkannya kerana dia gagal menjelaskan bil rawatan pembedahan ketika melahirkan bayi berkenaan.
Hospital Bersalin Helena Venizelou didakwa mengancam ibu tersebut yang hanya dikenali sebagai Anna kerana dia gagal membayar bil rawatan sebanyak £970.
“Pihak hospital memberitahu jika saya tidak membayar jumlah tersebut, mereka tidak akan benarkan saya membawa pulang bayi ini.
“Siapa yang tidak takut? Anda baru melahirkan anak dan mereka mahu menyimpan bayi tersebut kerana anda gagal membayar bil tersebut. Tidakkah mereka ini mempunyai kaedah penyelesaian untuk membantu individu yang kehilangan pekerjaan,’’ kata Anna ketika menceritakan pengalaman yang dialaminya itu.
Anna, yang menetap di banda Loutsa, iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Athens berkata, ugutan sama diterimanya ketika melahirkan anak sulongnya, 20 bulan lalu, namun Anna berjaya membayar bil berkenaan.
Berikutan itu, Anna terpaksa meminta bantuan kumpulan Women Against the Debt yang berkempen menentang tindakan kerajaan melaksanakan pelan penjimatan sehingga menjejaskan kaum wanita di Greece.
Berikutan itu, salah seorang anggota kumpulan berkenaan Dr Katerina Stypsanelli, telah menghubungi pengarah hospital terbabit, Nikos Faldamis, yang kemudiannya telah mengarahkan kakitangannya membenarkan Anna membawa pulang bayinya.
Anna juga bersetuju untuk membayar bil berkenaan secara ansuran.
Bagaimanapun Faldamis menafikan pihaknya menghalang Anna membawa pulang bayinya sebaliknya kejadian itu berlaku akibat salah faham bahagian pentadbiran hospital.
Faldamis juga menyangkal dakwaan beliau telah dihubungi berkaitan insiden tersebut.
Namun Dr Stypsanelli pula memberitahu, Anna bukan kes pertama berlaku di hospital berkenaan malah pada bulan Disember tahun lalu, seorang wanita telah dipaksa membuat bayaran secara tunai sebelum dibenarkan membawa pulang bayinya.
Dengan meningkatnya kadar pengangguran lebih 21 peratus dan pelaksanaan kadar baru cukai, Greece kini diambang bankrap.
Penduduknya kini berdepan dengan masalah kewangan hingga menyebabkan mereka tidak lagi mampu membayar insuran perubatan. – My News Hub








Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO