Welcome!

Promosi Hebat!

Haryati Hamzah Yakin Ada Rezeki Buatnya Walaupun Bertudung

on Sabtu, 12 Mei 2012

Pelakon, Haryati Hamzah atau lebih dekenali dengan nama Yatt yang kini sudah bertudung, selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata pertamanya, masih terus yakin bahawa ada rezeki buatnya walaupun sudah betudung kini. Beliau yang berubah kerana mahu menjadi pendidik yang baik buat puterinya Suci Hanania Malika meyakini jalan yang telah dipilihnya.
Menurut Yatt, bagaimana beliau mahu mendidik anaknya jika dirinya sendiri belum mampu untuk berubah. Bagus pemikiran Yatt ini, kami di MEOW menghormati keputusan artis yang mahu berubah. Bukan mudah ya untuk berhijrah?
Namun Yatt yang memang minat membaca buku tentang agama sejak dari zaman remaja lagi mengatakan yang hatinya belum cuku kuat untuk berubah kerana takut tidak akan mendapat sebarang tawaran berlakon daripada prosedur dan pengarah kelak. Beliau hanya mengikuti Irma Hasmi yang mengajak ke kelas agama yang diadakan setiap Isnin di Wangsa Melawati, Hulu Kelang yang dibuka oleh syarikat penerbitan buku, Must Read Sdn Bhd.
Kelas yang beliau hadiri secara percuma itu diadakan pada hari Isnin atau Kahmis setiap minggu. Yatt yang menghadiri kelas itu sejak November lepas katanya mempelajari cara untuk mengaji al-Quran, belajar tauhid dan feqah serta pelbagai kelas lain bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap agama Islam.
Hati Yatt terbuka untuk berhijrah selepas melakukan solat Maghrib dan melakukan solat Taubat sebulan yang lepas, beliau takut akan azab yang bakal menimpa dirinya, dan selepas daripada melakukan ibadah dan menghadiri kelas agama, hatinya bertambah tenang dan yakin bahawa, rezeki bukan bergantung kepada perubahan dirinya kerana beliau tetap mendapat tawaran berlakon walaupun sudah bertudung.
Rezeki itu milik ALLAH, dan Yatt yakin akan serta tetapkan hati ikhlas untuk berubah kerana ALLAH. Alhamdulillah….semoga Yatt lebih istiqamah dalam beribadah ya?




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO