Welcome!

Promosi Hebat!

Gempar! Gambar Lucah Dalam Buku Yasin

on Isnin, 14 Mei 2012

Seorang pengawal keselamatan di sebuah masjid terkejut apabila menemui gambar lucah pelbagai aksi diselitkan di celah-celah Surah Yasin.
Sudah menjadi kelaziman bagi seorang pengawal keselamatan di sini membaca surah Yasin selepas menunaikan solat di Masjid Negeri. Namun, petang semalam, lelaki itu yang bertugas di masjid berkenaan terkejut apabila menemui gambar lucah pelbagai aksi diselitkan di celah-celah surah itu.
Imam Besar Masjid Negeri, Yusuff Ahmad berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika pengawal keselamatan itu mahu membaca surah Yasin selepas menunaikan solat Zuhur.
“Alangkah terkejutnya dia (pengawal keselamatan) apabila melihat surah Yasin yang diambilnya diselitkan sekeping gambar lelaki dan perempuan yang sedang melakukan aksi lucah,” katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.
”Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada siak dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah,” katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.
Kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku melibatkan masjid di negeri ini. Pada 2 Jun lalu, kejadian serupa berlaku di Masjid At Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas apabila 21 naskhah surah Yasin di masjid berkenaan turut dilekatkan gambar lucah. Menurut Yusuff, naskhah surah Yasin itu dipercayai baru sahaja diletakkan di rak berkenaan oleh pihak tertentu berdasarkan keadaannya yang masih baru dan belum terusik.
”Sejak lebih dua tahun menjadi imam di sini, kami tidak pernah membeli surah Yasin kerana selalunya setiap kali program masjid, kami akan mencetaknya sendiri yang kemudian akan diletakkan di dalam masjid.
”Saya berpendapat, besar kemungkinan perkara ini dilakukan oleh mereka yang beragama Islam sendiri yang berniat jahat kerana pihak keselamatan tidak akan membenarkan bukan Islam memasuki masjid sesuka hati,” katanya.
Beliau telah mengarahkan seorang imam lain membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru, Air Itam di sini petang semalam. Sambil meluahkan rasa syukurnya kerana perkara itu disedari lebih awal, Yusuff berkata, pasti keadaan akan menjadi kelam-kabut dan kecoh jika ia hanya ditemui malam tadi ketika ramai jemaah datang sempena malam Jumaat.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat pihak masjid. Kes itu menurutnya, disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membinasakan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana rumah ibadat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO