Welcome!

Promosi Hebat!

Gangguan Terakhir Ferguson Buat City

on Sabtu, 12 Mei 2012



PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson memberi amaran kepada seterunya, Manchester City bahawa kelab itu akan sukar untuk dipulihkan sekiranya gagal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.
Ia merupakan perang psikologi terakhir Ferguson bagi memberi tekanan kepada pengurus City, Roberto Mancini menjelang aksi terakhir liga bertemu QPR, malam esok.
City dijangka mampu menewaskan QPR, seterusnya menjulang trofi liga buat kali pertama sejak 44 tahun tetapi Ferguson berkata: “City perlu memenanginya dan ia cabaran paling besar buat mereka kerana jika gagal, ia pasti sukar dipercayai.
“Tapi ia bukan mudah kerana tekanan menggunung diarahkan kepada mereka dan para penyokong mereka akan memberi tekanan hebat kepada pengadil.
“Seperti yang lain, saya juga jangka City akan menang tetapi selagi ia dilakukan oleh manusia, kita takkan tahu apa yang akan terjadi. Jadi kami mengharapkan sesuatu yang bodoh akan berlaku,” kata Ferguson.
United perlu menewaskan Sunderland sambil mengharapkan QPR dapat menyekat City daripada meraih kemenangan untuk membolehkan United meraih kejuaraan liga buat kali ke-20. – mynewshub.my






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO