Welcome!

Promosi Hebat!

Fizo Suka Buat Kerja Gila

on Jumaat, 25 Mei 2012

12 GUA - Fizo Suka Buat Kerja Gila

Admin Kali ini terus membongkar rahsia selebriti tanah air di mana minggu ini, kami akan paparkan kepada anda 12 perkara menarik mengenai pelakon drama bersiri ‘Cinta Buat Emelda’ Fizo Omar. Ingin tahu rahsia anak kelahiran Kelantan ini, jom kita lihat senarai di bawah.

1.    Bila tiada kerja keesokan hari, pelakon ini memberitahu dia tidak akan tidur sepanjang malam.
2.    Fizo tidak suka makan belacan kerana mempunyai resdung.
3.    Anak muda ini gemar membuat kerja gila di mana dia sanggup menunggang motor sejauh Melaka , Port Dickson atau Pahang serta pulang pada hari yang sama semata-mata untuk mencari tempat makan yang menarik.
4.    Benda yang paling mahal pernah dibelinya secara tunai ialah kerusi urut Takasima bernilai RM10,000 sempena hadiah ulangtahun kelahiran ibunya
5.    Fizo gemar mengumpul barangan Superman di mana sehingga sekarang, dia sudah mempunyai lebih dari 100 koleksi pakaian superhero tersebut.
6.    Jika tidak shooting Fizo akan menunggang motor berkuasa tingginya, Honda CBR 1000 dengan pergi berkonvoi bersama grup, ‘Motor Corner’.
7.    Pelakon ‘Bionik’ ini pernah mewakili Malaysia dalam sukan bola sepak untuk Kelab Piala Nike 2000 di Korea
8.    Selain pandai memasak, anak muda ini juga gemar pergi ke pasar basah.
9.    Fizo tidak gemar menggosok, melipat, serta menghantar bajunya ke dobi.
10.    Pelakon yang meminati warna biru ini pernah cedera di bahu ketika memakai sut motor.
11.    Anak kedua dari empat beradik ini memberitahu suka melayan kaank-kanak.
12.    Fizo mengakui sudah empat kali terjatuh motor sepanjang dua tahun lebih terlibat dalam sukan permotoran itu.











Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO