Welcome!

Promosi Hebat!

Fakta Menarik Tentang Facebook Yang Anda Perlu Tahu.

on Isnin, 7 Mei 2012

1. Lebih 25 peratus pengguna 'break up' di facebook.

Pada bulan Jun 2010, satu survey terhadap 1000 pengguna facebook telah dibuat. 70 peratus daripada mereka adalah lelaki dan 25 peratus dari mereka telah di 'dumped' via Facebook. 

21 peratus daripada mereka yang terlibat dalam survey itu berkata mereka memutuskan hubungan dengan meng 'update' status kepada 'single'. Senang nak putus sekarang ni. Tak payah nak letih bergaduh bertekak. Dari jauh je boleh 'break up'. Tapi jangan sampai ada yang ceraikan isteri guna facebook dah la.

2. Al Pacino adalah model facebook yang pertama.


Ingat tak lagi gambar lelaki yang tenung anda tiap kali anda nak log in dulu. Contoh boleh tengok dalam gambar. Ini sebelum tahun 2007. Aku pun tak kenal facebook lagi masa tu. Mungkin kalau ada yang join facebook sebelum 2007, lelaki ni sebenarnya adalah gambar Al Pacino semasa muda yang dikaburkan. Kenal tak? Pelakon The Godfather tu. 

3. Lebih 350 juta orang menghidap sindrom ketagihan facebook!!



FAD atau Facebook Addiction Disorder, hah, siap ada nama singkatan lagi sindrom ni. Singkatan ini digunakan oleh pakar psikologi di US untuk mereka yang ketagih dengan facebook dan hidup mereka kebanyakannya menjadi tidak terkawal. Antara kesan yang dapat dilihat pada penghidap penyakit ni adalah seperti kurang produktiviti, kurang tumpuan dan mengasingkan diri dengan kawan realiti. Dan mereka ni berjumlah 350 juta orang dari seluruh dunia. Aku rasa kat Malaysia ni ada jugak la dalam 10 juta orang mungkin. hehe. Siapa? 

4. . Purata pengguna facebook mempunyai 130 orang kawan.

Anda bimbangkan populariti anda? Statistik dari facebook menunjukkan purata kawan setiap pengguna facebook adalah 130 orang. Dan seperti yang dijangkakan perempuan mesti lah lagi ramai dari lelaki kan. Walaupun senarai kawan mencapai ratus-ratus, biasanya mereka hanya berhubung secara kerap dengan 4-7 orang sahaja.

Ini statistik dekat luar negara. Dekat Malaysia, pengguna biasa paling kurang 300. Yang pengguna tegar sikit 500. Yang dapat title 'hotsetap' pulak mungkin ribu-ribu boleh capai, kan.

5. Burger King menawarkan burger percuma untuk mereka yang 'unfriend' kawan mereka di facebook.



Pada January 2009, kempen pengiklanan Burger King bertajuk "WHOPPER Sacrifice menawarkan burger "Angry Whooper" kepada pengguna facebook yang sanggup menekan butang 'unfriend' kepada 10 orang kawan mereka yang mana kawan mereka yang di 'unfriend' akan menerima mesej menyatakan yang mereka di delete dari senarai rakan untuk sebiji burger free!!

Kempen itu di cetuskan agensi Burger King Crispin Porter + Bogusky bersama Refresh Partners, menggunakan slogan “Friendship Is Strong, but The Whopper Is Stronger.” Teruk ni, pasal burger sanggup buang kawan.




















Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO