Welcome!

Promosi Hebat!

Dira Tak Sesuai ‘Gosip’ Dalam Melodi?

on Isnin, 7 Mei 2012



KUALA LUMPUR – Pengacara wanita Melodi, Dira Abu Zahar didakwa tidak sesuai mengacarakan rancangan hiburan gosip Melodi yang disiarkan setiap hari Ahad jam 12.30 tengah hari.
Memetik laporan mStar Online, penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar berkata, gandingan antara Dira dan Zizan Razak ternyata tidak sesuai serta tidak mempunyai keserasian bersama.
Malah, Azman juga berkata personaliti Dira tidak sesuai mengacarakan rancangan berbentuk gosip tetapi lebih kepada program-program berbentuk pengembaraan.
“Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.
“Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan,” kata Azman.
Menolak dakwaan cuba untuk mengambil kesempatan ke atas diri pengacara wanita itu yang dikaitkan dengan satu kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada April lalu, Azman mengatakan kehadiran Dira tidak banyak membawa perubahan walaupun gaya pengacaraan Dira sudah banyak meningkat.
Tetapi, produksi Melodi masih lagi dalam status perbincangan sama ada untuk mengekalkan Dira sebagai pengacara atau tidak selepas sebulan dia direhatkan dari rancangan itu.
“Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, sama ada dia ada atau tidak, ia tidak menunjukkan perbezaannya.
“Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak.
“Biarlah kes dia selesai dahulu,” katanya.
Pada bulan lalu, satu kes dilaporkan di mana seorang pengacara wanita telah didakwa memukul seorang pengunjung wanita di sebuah kelab hiburan terkemuka di Kuala Lumpur dan pengacara itu dikaitkan dengan Dira.
Namun, Dira menafikan dakwaan itu dan khidmatnya sebagai pengacara Melodi direhatkan seketika oleh pihak rancangan gosip itu.







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO