Welcome!

Promosi Hebat!

Ciptaan Kereta Kapal Terbang (Menarik!)

on Khamis, 3 Mei 2012

Sebuah kereta yang mampu terbang merupakan hasil ciptaan syarikat Terrafugia Inc. Kereta ini diberi nama Transition dan mampu terbang setinggi 426 meter. Harganya pula mencecah RM800 ribu.



 Kereta Mampu Terbang | Kereta ciptaan baru yang berkonsepkan kereta dan kapal terbang telah berjaya dihasilkan. Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat.  Amerika Syarikat (AS) – Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu. Kereta kapal terbang tersebut mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu.


Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition.
Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini.Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952).


Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang. Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS. Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara.






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO