Welcome!

Promosi Hebat!

Berat Badan Lisa Surihani Naik 5kg

on Sabtu, 26 Mei 2012

Setelah tiga bulan mendirikan rumahtangga bersama produser dan pengarah, Yusry Abdul Halim, pelakon Lisa Surihani akui berat badannya naik sehingga lima kilogram.
Tidak seperti kebanyakkan wanita lain yang akan gusar dengan penambahan berat badan, sebaliknya Lisa akui gembira kerana berat badannya kini adalah normal dengan ketinggiannya.
“Dulu berat badan saya hanya 46 kilogram tetapi kini sejak berkahwin berat saya naik sehingga 50 kilogram.
“Saya memang suka makan, tetapi semasa bujang tidaklah mudah untuk berat badan naik sehingga begini.
“Orang kata mungkin hormon dan kadar metabolisma saya sudah berubah selepas kahwin. Itu yang jadi begini.
“Namun saya tetap bahagia dengan berat badan saya kini kerana ia adalah berat badan yang normal untuk ketinggian saya,” katanya yang ditemui selepas pelancaran drama bersiri Oh My English, di Hotel Hilton KL, petang semalam.
Lisa Surihani dan Yusry telah diijabkabulkan pada 23 Februari 2012.
Sungguhpun begitu, Lisa Surihani menafikan penambahan berat badannya itu disebabkan dia kini hamil.
“Pada mulanya memang kami tidak mahu merancang untuk mendapatkan anak, tetapi saya terpaksa batalkan hasrat itu sementara setelah saya terlibat dengan filem Dendam Orang Mati iaitu filem yang bergenre seram.
“Saya telah dinasihatkan oleh beberapa rakan untuk tidak hamil ketika menjalani penggambaran filem berkenaan.
“Mereka takut juga jika saya hamil ia akan memberi kesan kepada kandungan dan diri saya kerana cerita Dendam Orang Mati itu agak hitam dank eras.
“Tetapi kini saya sudah selesaikan penggambaran filem itu dan sedang berushaa pula untuk hamil.
“Tak sabar rasanya kerana kami berdua memang sukakan kanak-kanak,” luahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lisa yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Dimanakah Juwita, bakal muncul dengan dua buah filem pada tahun ini iaitu SAM (Saya Amat Mencintaimu) dan Istanbul Aku Datang.







Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO