Welcome!

Promosi Hebat!

Awal Dan Scha | selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz

on Jumaat, 4 Mei 2012



PUTRAJAYA - Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.

Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas tujuh dulang hantaran..Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di’rahsiakan daripada pengetahuan umum

Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman, Putrajaya, disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, Awani.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.

Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO