Welcome!

Promosi Hebat!

Awal Ashaari Sah Ganti Dira Sebagai Pengacara Melodi

on Selasa, 22 Mei 2012

Setelah beberapa minggu bersiaran bersama hos jemputan, Melodi akhirnya menemui wajah baru yang lebih segar bagi mewarnai rancangan tersebut. Bakal menampilkan duo terbaru, Melodi menggandingkan Zizan Razak dan Awal Ashaari bagi meneruskan program Melodi menyampaikan infotainment kepada para peminat hiburan.

Awal Ashaari sebelum ini pernah beberapa menjadi hos jemputan selain pernah menjadi hos tetap untuk Fuhh!, sebuah rancangan dengan corak sama tahun lalu. Pemilihan Awal Ashaari mengesahkan yang Dira Abu Zahar kini sudah tidak bersama Melodi ekoran beberapa kes yang memerlukan perhatian penuh pengacara wanita itu.

Tahniah buat Awal Ashaari, mungkin ini rezeki setelah berumahtangga. Semoga gandingan bersama Zizan Razak akan lebih memeriahkan program santai hujung minggu ini.


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO