Welcome!

Promosi Hebat!

Awal Ashaari Gementar Dinikahkan Bapa Scha Al-Yahya Malam Ini

on Jumaat, 4 Mei 2012

Awal Ashaari Gementar Dinikahkan Bapa Scha Al-Yahya Malam Ini

Ketika temubual ini di buat, jejaka ini mempunyai kurang 24 jam sahaja sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon terkenal Sharifah Norazean Syed Mahadzir Al Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya.
Awal Ashaari, pelakon dan pengacara popular mengakui, dia merasa gementar apabila mengingatkan bahawa dia akan menjadi seorang suami kepada wanita yang sangat dicintainya dan hubungan yang tercipta hampir lebih tiga tahun akan berakhir di mahligai yang indah.
“Sudah seminggu saya merasa gementar dengan menghitung hari sebelum menjelangnya hari bahagia kami. Saya juga ada juga bertanyakan kepada Scha adakah dia juga gementar tetapi dia kelihatan rileks sahaja.
“Mungkin juga kerana saya akan dinikahkan sendiri oleh bapa Scha dan kerana rasa hormat jadi perasaan gugup itu sedikit ada,” ujar anak jati kelahiran Kampung Baru itu.
Awal ditemui ketika menjalani proses menyuai padan terakhir dengan daripada fesyen rekaan terkenal Rizman Ruzaini yang dipertanggungjawabkan untuk mereka persalinan bagi malam berinai khas untuk pasangan yang dikenali sebagai SchAwal ini.
Ketika sesi temubual ini dibuat, Scha sedang sibuk berinai dan Awal harus bergegas ke Putrajaya untuk melihat persiapan terakhir majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside dan Putrajaya International Convention Centre (PICC).
“Saya sudah dinasihati oleh ahli keluarga supaya tidak terlalu kerap keluar rumah tetapi semua ini tidak dapat penuhi kerana boleh dikatakan majlis ini diuruskan oleh saya dan Scha sepenuhnya.
“Maksudnya para penaja mahupun individu yang terlibat akan berhubung dengan saya terus bagi mendapatkan kata putus jadi dalam masa yang suntuk selepas kami membuat pengumuman untuk berkahwin, ini adalah yang terbaik dapat saya lakukan walaupun masih ke sana ke mari sehari sebelum saya bernikah,” ujar Awal yang berkata hanya susunan tempat duduk tetamu sahaja yang masih belum selesai seratus peratus.
Kedua pasangan ini akan bernikah di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside malam ini,di mana mereka akan mengenakan busana daripada Syaiful Baharim dan bakal bersanggah di atas pelamin indah rekaan Razak Ahmad daripada Flora Etc.
Jangan lupa untuk menonton Astro Ria (saluran 104) yang akan menyiarkan secara eksklusif siaran langsung majlis perkahwinan dua selebriti terkenal tempatan ini.
Credit to Murai






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO