Syukur ke hadrat Illahi kerana pelakon lelaki, Ady Putra dan isterinya sudah pun mengambil keputusan untuk berbaik dan bersepakat memperbaiki perjalanan rumah tangganya.
Ady dan isterinya, Aida sudah pun mengadakan sidang media bagi mengumumkan permohonan fail perceraian mereka di mahkamah sudah pun ditarik balik.
Menerusi portal Rotikaya.com, Ady mengakui hubungannya dengan isteri sememangnya sudah bergolak.
Tetapi memberitahu kepada umum, dalam setiap hubungan pastinya akan ada pergolakan dan pergaduhan.
Cuma, ia bergantung kepada pasangan masing-masing untuk meleraikan segala pergolakan dan pergaduhan yang terjadi.
Mengenai cakap-cakap orang yang mengatakan Ady terlalu ‘main-main’ dalam soal perceraian, dia sedikit pun tidak ambil pusing dengan tanggapan orang ramai.
Sebaliknya, keputusan dan tindakan yang diambilnya itu adalah dianggap baik dan menjadikan kisah itu sebagai pengajaran untuk mereka memperbaiki hubungan suami isteri.
“Saya tidak anggap apa yang terjadi ini satu kesilapan buat kami berdua. Ia’nya lebih kepada pengajaran yang perlu kami terima sebagai proses mengukuhkan hubungan kami suami isteri,” kata Ady Putra.
Syukur, Alhamdulillah! Doa penulis buat Ady dan isteri, semoga hubungan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Insyallah.
Sumber Foto: Rotikaya.com (Gambar ketika sidang media diadakan)
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan