Welcome!

Promosi Hebat!

515 bahan kimia masuk dalam tubuh wanita setiap hari kerana produk kecantikan

on Sabtu, 19 Mei 2012

Menurut satu kajian baru, wanita biasanya menggunakan hingga 13 produk, yang sebahagian besar mengandungi lebih daripada 20 bahan, termasuk aditif (bahan penambah).

Sebahagian besar kosmetik kegemaran kita adalah campuran yang dihasilkan secara industri dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan kita dan, dalam beberapa kes, bukan memberikan kita potensi 'anti-penuaan' tetapi menyebabkan kita nampak tua dengan lebih cepat. Minyak wangi mengandungi campuran rata-rata daripada 250 bahan, dengan beberapa mengandungi sebanyak 400.

Penyelidikan oleh Bionsen, syarikat yang membuat deodoran yang kata mereka 'bebas aluminium', mengatakan beberapa bahan aditif dalam produk-produk lain telah dikaitkan dengan kanser, masalah hormon, kondisi kulit dan alergi.

Lipstik mengandungi purata 33 bahan, losyen tubuh 32, maskara 29, dan produk yang paling murni, pelembap tangan, 11.

Poll (pungutan suara) dari 2,016 orang wanita oleh Bionsen mengatakan sebahagian besar dari bahan tercemar adalah ditimbulkan sendiri oleh wanita yang menyemburkan deodoran, menyapu pelembab tubuh dan memakai lipstik pada setiap pagi.

Lapan daripada 12 daerah di tubuh ditandakan oleh Bionsen sebagai tempat di mana para wanita menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia itu pada wajah atau kepala dan termasuk pelembab, fondasi, pemerah muka, make-up mata, spray rambut dan parfum kepala atau wajah.

Penelitian dari University of Medicine Wilayah Kyoto menunjukkan bahawa beberapa parabens yang dahulu kita anggap selamat, seperti Methylparaben, boleh bermutasi dan menjadi racun bila terkena sinar matahari. Parabens adalah salah satu bahan pengawet yang paling banyak digunakan di dunia, dan dijumpai dalam syampu, gel rambut, gel pencukur dan losyen tubuh. Tetapi penggunaan menjadi semakin kontroversial - pelbagai kajian telah menghubungkan mereka dengan masalah kesihatan yang serius termasuk kanser payudara, serta masalah kesuburan pada lelaki.

Penelitian sebelumnya menemukan satu pertiga wanita di bawah usia 25 tahun memakai produk yang ditujukan untuk mereka yang lebih daripada 40-an, berpotensi mendedahkan diri mereka kepada kerosakan yang tidak diingini dari rawatan yang dibuat khusus untuk kulit yang lebih tua.

Pesakit Eksema yang menggunakan produk yang terlalu berminyak sering menderita suatu keadaan yang disebut oklusi folikulitis (occlusive folliculitis) - iaitu keringat tidak boleh keluar melalui liang-liang roma yang tersumbat, menyebabkan bengkak merah gatal.

Ada beberapa undang-undang yang direka untuk melindungi kita daripada bahan kimia berbahaya dalam kosmetik, namun para penyelidik bimbang bahawa mereka tidak pergi cukup jauh. Sebagai contoh, pengeluar kosmetik wajib menyenaraikan bahan-bahan mereka, tetapi mereka tidak perlu memberi tahu kita mengenai kotoran yang ditemui pada bahan mentah ataupun digunakan dalam proses pembuatan, selama mereka tidak menyiapkan produk.

Jika anda ingin melindungi diri daripada bahan kimia yang berlebihan, kurangkanlah penggunaan kosmetik anda secara keseluruhan, beralih kepada produk-produk alamiah dan organik, serta membaca label pada produk-produk penjagaan kecantikan dengan lebih berhati-hati.



Sumber:

1 - Telegraph.co.uk

2 - Dailymail.co.uk












Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO