Welcome!

Promosi Hebat!

Wawa Zainal Kini Setanding Lisa Surihani?

on Khamis, 26 April 2012

Wawa Zainal Kini Setanding Lisa Surihani?


KUALA LUMPUR : Perjalanan kerjaya lakonan pendatang baru, Wawa Zainal atau Nur Hawa Zainal Abidin, 20, semakin cerah selepas dia dilantik untuk menjadi duta baru Lipice menggantikan duta sebelum ini, Lisa Surihani.
Malah, pelakon yang baru sahaja kurang dua tahun mencerburi bidang lakonan, Wawa Zainal berasa hampir tidak percaya dengan kepercayaan yang diberikan untuk dia menjadi duta serta juru cakap untuk produk berkenaan.
“Terus-terang saya sangat teruja serta gembira. Bagaikan tidak percaya pula, saya kini telah menjadi duta kepada jenama yang agak besar seperti Lipice.
“Saya juga sangat bersyukur kerana dapat mengikut langkah pelakon idola saya iaitu Lisa Surihani untuk memegang title yang sama iaitu duta produk ini.
“Saya rasa ini merupakan peluang yang sangat baik buat kerjaya saya sebagai pelakon untuk melangkah jauh serta lebih dikenali sama seperti Lisa Surihani sebelum ini,” katanya selepas majlis yang mengumukannya sebagai duta baru Lipice.
Pelakon Bunga-Bunga Cinta itu telah pun mengikat kontrak untuk menjadi duta Lipice selama dua tahun.
Meskipun gembira dengan gelaran duta kepada produk berkenaan, namun dia memberitahu dia tidak mahu dirinya dibandingkan dengan Lisa Surihani yang sudah terkenal dan berjaya dalam bidang lakonan.
“Saya masih terlalu hijau dalam indusrti hiburan ini untuk dibandingkan dengan Lisa yang memang sangat dikenali ramai.
“Saya rasa sangat kerdil untuk dikatakan pengganti seperti Lisa iaitu pelakon yang saya hormati dan sanjungi.
“Saya juga tidak merasakan yang Lisa akan tercabar dengan pemilihan saya sebagai duat baru Lipice kerana dia sudah berada dalam kedudukan yang selesa dalam indusrti ini,” jelasnya merendah diri.
Sementara itu, tambah Wawa yang juga anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu, peluang menjadi duta produk tersebut secara tidak langsung membuka laluan yang lebih mudah untuk bertapak dalam industri hiburan.
Dalam perkembangan lain, Wawa Zainal yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama Shaheizy Sam kini sedang menjalani penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu. – Murai





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO