Welcome!

Promosi Hebat!

Wanita Rebah 20 Kali Kerana Ketawa

on Khamis, 26 April 2012

Wanita Rebah 20 Kali Kerana Ketawa | Ketawa merupakan salah satu perkara yang sering dialami oleh insan yang ceria. Tidak sahlah kalau kita tidak ketawa sekali dalam sehariKetawa juga dapat menggembirakan hati dan secara tidak langsung kehidupan kita akan sentiasa ceria. Namun tidak bagi seorang wanita ini kerana dia menghidap penyakitganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya.
Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenakaatau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang.
Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah. Kelly juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya.
Kelly yang berasal dari Ashford, Kent berkata: “Saya tidak dapat menghitung berapa kali saya terlelap ketika makan malam. Malah, saya tidak boleh berkunjung ke restoran dengan teman lelaki kerana bimbang saya akan tersengguk di meja makan. Ia pasti memalukan.
“Pernah sekali, saya mendapat serangan cataplexy di pasar raya dan kemudian beberapa kali lagi. Saya mungkin mendapat serangan 20 kali dan saya rasa mungkin orang ramai memikirkan saya mengambil dadah atau mabuk. Setiap kali saya berdiri, saya rebah lagi.
“Ketika saya mendapat serangan saya boleh melihat dan mendengar tetapi saya tidak dapat bergerak atau bertutur langsung. Ia boleh hilang beberapa saat atau ia mungkin berakhir selama sejam,” katanya.
Kasihan wanita ini kerana mengalami penyakit ganjil. Jika dia rakyat Malaysia, sudah tentu dia tidak boleh menyaksikan Raja Lawak kerana penyakit yang dialaminya. Semoga dia dapat sembuh seperti sedia kala.



Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO