Welcome!

Promosi Hebat!

Tips payudara

on Khamis, 12 April 2012


  • apa yg anda perhati ?
  • Apa yang dipandang oleh lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah tentu bahagian dada bukan! Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui denga jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini. Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Oleh itu, pada kali ini aku akan menyenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.
  • Ukuran berbeza
  • Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama. Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya. Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada. Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.
  • Boleh diperbesarkan
  • Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oeh faktor genetic dan hormon estrogen. Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.
  • Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam. Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada. Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.
  • Coli berkawat bahaya
  • Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan menambahkan risiko mendapat kanser payudara. Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara sehingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.
  • Sebenarnya tiada hubungan dengan bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara. Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk peyudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.
  • Besar lebih seksi
  • Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara yang besar dan montok. Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Ramai yang merasakan bahawa lelaki hanya tertarik pada dada mereka sahaja dan bukannya pada bahagian lain.
  • Bayangkan setiap berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah itu saja. Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik. Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.
  • Silikon menyebabkan kanser
  • Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silicon dikategorikan sangat rendah. Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silicon. Silicon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar x untuk mendapat hasil dengan lebih tepat.
  • Tetap tegang
  • Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui. Kekencangan payudara juga mungkin berubah semasa menjelang haid. Akan tetapi faktor utamanya ialah akibat pertambahan usia. Sekalipun anda belum berumah tangga, anda akan semakin tua bukan! Jadi payudara akan tetap akan menjadi kurang elastis, apa lagi jika anda seorang yang malas bersenam. Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi menyokong payudara.

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO