Welcome!

Promosi Hebat!

Susahnya Nak Dapat Watak Yang TAK BERSENTUHAN Dengan Lelaki, Kata Nur Fazura

on Jumaat, 20 April 2012

Susahnya Nak Dapat Watak Yang TAK BERSENTUHAN Dengan Lelaki, Kata Nur Fazura




Mungkin itulah kot nasib pelakon wanita yang cun melecun kat Malaysia, mesti kena bawa watak yang ‘bersentuhan’ dengan lelaki dalam drama atau filem yang mereka lakonkan.
Antara yang mula mengeluh adalah Nur Fazura.

Dalam Facebook rasminya, Fazura seolah-olah ‘bosan’ dengan situasi itu.
Mungkin pengarah-pengarah filem atau drama kita kena fikirkan sesuatu agar dapat dikurangkan, atau paling baik, ditiadakan langsung adegan-adegan sebegitu.
Bagi penulis, adegan ‘bersentuhan’ tak perlu langsung biarpun hendak menunjukkan elemen berkasih sayang antara seorang isteri dengan suaminya atau seorang lelaki dengan gadis pujaannya.
Pengarah perlu bijak memainkan emosi penonton dengan cara yang lebih ‘bijak’, bermain dengan metafora, perlambangan atau apa saja tanpa perlu mengambil jalan mudah dengan ‘cara itu’.
Filem-filem Iran umpamanya, sarat dengan cinta dan kasih sayang, menang anugerah di peringkat antarabangsa lagi namun takde pula adegan-adegan berpegangan, bercumbuan bagai nak rak.
Penulis faham, Nur Fazura bukan nak tunjuk ‘bagus’, tapi mungkin dia juga sudah muak berlakon dalam suasana pengarahan yang cukup ‘klise’ ini.
Apa kata Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM)?

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO