Welcome!

Promosi Hebat!

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM SESI 2012/2013 Semak KPM Online

on Ahad, 29 April 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 | SEMAK KPM ONLINE Salam sejahtera semua.hari ini adalah berita gembira buat adik-adik yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 adik-adik boleh menyemak keputusan adakah adik-adik akan layak ke program matrikulasi tersebut.adik-adik boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

logo-kpm

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI:
Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;
  • Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
  • Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
PENDAFTARAN MATRIKULASI:
  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
RAYUAN MATRIKULASI:
  • Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO