Welcome!

Promosi Hebat!

Saiz Pinggang Besar Akan Didenda Di Jepun

on Selasa, 24 April 2012

Satu undang-undang telah dikuatkuasakan pada 2008 di negara Jepun. Undang-undang tersebut adalah bagi penduduknya yang mempunyai saiz pinggang yang berlebihan akan dikenalan kaunseling dan diberikan panduan untuk diet.
Saiz Pinggang Besar Akan Didenda Di Jepun | Kali ini terdapat lagi undag-undang pelik di negara Jepun. Di bawah undang-undang negara yang berkuatkuasa pada tahun 2008, syarikat persendirian dan majlis perbandaran perlu mengukur saiz pinggang rakyat Jepun berumur di antara 40 hingga 74 tahun sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan.
Rakyat yang mempunyai saiz pinggang yang melebihi had kerajaan, iaitu 33.1/2 inchi untuk lelaki dan 34.5 untuk wanita akan diberi panduan diet dan kaunseling.Jika berat mereka tidak dapat diturunkan dalam tempoh 3 bulan mereka akan diberipanduan diet sekali lagi. Begitu juga seterusnya untuk tempoh 6 bulan selepas itu.
Untuk memastikan hasrat kerajaan tercapai, kerajaan akan memperkenalkan penalti wang kepada syarikat persendirian dan majlis perbandaran yang gagal mencapai target. Serta-merta syarikat persendirian di seluruh Jepun menawarkan diskaun keahliaan gim dan membantu merancang diet kepada pekerjanya.
Jika syarikat persendirian gagal untuk mengurangkan jumlah pekerja yang gemuk hingga 10 peratus sehingga 2012 dan 25 peratus hingga 2015, mereka akan dikenakan bayaran yang tinggi untuk program kesihatan warga tua.
Ternyata undang-undang ini nampak pelik. Walaubagaimanapun undang-undang ini sangat bagus kerana ia bukanlah bersifat zalim kepada penduduknya, tetapi bersifat mahu mendidik dan menerapkan betapa pentingnya menjaga kesihatan badan.



Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO