Welcome!

Promosi Hebat!

Real Madrid Berjaya menundukkan Barcelona 2-1 Real Madrid Semakin Hampir Menjuarai La Liga!

on Ahad, 22 April 2012







BARCELONA, - Pemain tengah Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penentu kemenangan Real Madrid 2-1 ke atas Barcelona, dalam perlawanan Liga BBVA, di Camp Nou, Sabtu (21/4/2012). Dengan hasil tersebut, Madrid menguasai liga dengan 88 mata, atau unggul tujuh angka dari Barcelona di tempat kedua.

Gol pertama diciptakan pemain tengah Real Madrid, Sami Khedira, pada minit ke-16. Dipercayai melaksanakan sepakan sudut, Angel Di Maria menghantar bola ke pertahanan tuan rumah. Dengan kepalanya, Pepe menghantar bola ke tengah gawang, tetapi boleh ditepis Victor Valdes.

Dalam keadaan menghadap mulut gawang, Carles Puyol berjaya menjangkau dan menguasai bola liar itu. Namun, Khedira yang berada di belakang Puyol berjaya menyepak bola masuk gawang.

Penyerang Alexis Sanchez mengubah kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-70. Gol bermula dari tendangan Cristian Tello yang dimentahkan Iker Casillas. Bola liar sepakan Adriano, tetapi terhalang dan mental ke arah Sanchez.

Sanchez menyepak bola. Casillas berjaya menepisnya. Bola liar masih berada di dalam kawasan Sanchez dan kembali ditendangnya. Kali ini, bola akhirnya masuk di dalam gawang pasukan tetamu.

Penyerang berbisa Cristiano Ronaldo memulihkan keunggulan Madrid pada minit ke-73. Dalam sebuah serangan balik, Mesut Oezil menghantar bola terus kepada Ronaldo. Ronaldo berjaya menjangkau bola dan dari tengah kotak penalti, menyepak bola masuk gawang Valdes.

Sehingga tamat perlawanan kedudukan tidak berubah dengan barcelona 1-2 Real Madrid










Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO