Welcome!

Promosi Hebat!

Petua Hilangkan Urat Timbul

on Jumaat, 6 April 2012

Salam..
Biasanya masalah urat timbul ni seringkali berlaku pada perempuan mengandung kerana beban yang kena bawak setiap hari. Urat timbul ni korang boleh tengok kat celah lipatan dan jugak bahagian betis. Kali ni aku nak share Petua Hilangkan Urat Timbul.
varicose veins picture Petua Hilangkan Urat Timbul
Kalau yang masih muda, aku rasa takde masalah sangat dengan sakit urat timbul ni tapi bila dah tua nanti nak jalan sikit pun dah mengerang sebab kedudukan urat dah tak betul sebab aliran darah yang tidak lancar. Biasanya akan timbul bila terlalu lama duduk tak bergerak. Nak hilangkan urat timbul ni, korang boleh amalkan;
Naikkan kaki tinggi sedikit daripada paras punggung dan luruskan kaki ketika duduk.
Elakkan duduk bersila atau bersimpuh bagi tempoh lama tanpa ubah kedudukan.
Rendam kaki selama 15 minit sehari dengan air suam.  Ini mampu untuk melancarkan perjalanan darah dan mengatasi masalah darah beku di kaki.
Elakkan memakai stokin ketat pada urat timbul – sarungkan stokin atas sedikit daripada kawasan urat timbul tuh.
Luruskan kaki dan urut kedua-dua kaki dan di sekeliling urat timbul bila ada berpeluang – contohnya lepas solat sebelum korang tanggalkan telekung.
Seeloknya urut sedikit minyak angin sekali-sekala untuk membantu darah mengalir dengan lancar dan urat timbul di kaki akan hilang dengan sendirinya.
Ketika tidur sebaiknya tinggikan sedikit kaki dari badan ataupun letak bantal kat bawah kaki.  Ini dapat membantu untuk mengurangkan perkumpulan darah dibahagian tersebut seterusnya mengurangkan risiko untuk darah berkumpul di bahagian betis dan kaki.
Makan vitamin C kerana ia dapat membantu mengatasi masalah urat timbul – makan banyak buah sitrus (oren, kasturi, lemon) dan mangga.

P/s: Amalkan minum air suam dan kurangkan memakai heel. Selamat mencuba!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO