Welcome!

Promosi Hebat!

Pelik! Surat Khabar Boleh Dimakan Setelah Dibaca

on Khamis, 26 April 2012


Pelik! Surat Khabar Boleh Dimakan Setelah Dibaca |Seperti kebiasaannya, selepas kita membaca suratkhabar, kita pasti akan melipatkan akhbar tersebut. Jika selesaimembaca, kita akan menyimpannya di dalam almari sebagai koleksi ataupun boleh dijual nanti. Namun, idea pekerja redaksi Metro, sebuah surat khabar yang diterbitkan di England, dan sejumlah ahli makanan telah mencipta surat kahabar yang boleh dimakan.
Mungkin terinspirasi Willy Wonka, tokoh dalam filem Chocolate Factory, yang membuat segala sesuatu di sekitar kita boleh dimakan, mereka menciptakan bentuk surat khabar Metro yang boleh dimakan. Seperti dipetik dari laman Metro.co.uk, kerja sama itu menghasilkan surat khabar yang boleh dimakan. Selesai dibaca, surat khabar tak perlu dibuang, tetapi terus dimakan saja.
Heston Blumenthal, seorang ilmuwan kuliner, mempunyai peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini. “Surat khabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya,” katanya. Soal rasa bagaimana? Sukarelawan sudah mengoyak-ngoyak surat khabar itu dengan gigi mereka dan menelannya. Mereka juga menganggukkan kepala dan menilai keenakkan surat khabar itu.
Sudah tentu produksi surat khabar itu tidak hanya memerlukan suntingan yang ketat, tetapi juga pengolahan adunan yang cermat.Adunan itu sendiri terdiri daripada tepung maizena, minyak sayur, gula arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran kertas.
Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel. Proses pembuatan dan pencetakan surat khabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlukan waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, surat khabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.
Wah tak sangka surat khabar pun boleh makan. Lepas ini dah tak ada kitar semula lah untuk surat khabar. He He. Tetapi jika ada yang masih ingat lagi akhbar tahun 2008 kalau tidak silap, terdapat sebuah syarikat telah mencipta pinggan kertas yang boleh dimakan. Tetapi tidak tahulah adakah pinggan itu ada dijual di pasaran Malaysia.




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO