Welcome!

Promosi Hebat!

Makanan Terakhir Seorang Banduan Sebelum Menjalani Hukuman Mati

on Isnin, 23 April 2012

Mereka tidak akan makan apa-apa lagi buat selamanya. Atas dasar ini, banduan akhir diberi pilihan apa yang ingin dimakan sebelum menjalani hukuman mati. Jurugambar Henry Hargreaves telah menghasilkan semula makanan yang menjadi pilihan sembilan orang penjenayah paling dikutuk di Amerika Syarikat...

1. John Wayne Gacy

Telah memesan 12 ekor udang goreng, satu bucket ayam KFC Original Recipe dan satu paun buah strawberi...selanjutnya..


John Wayne Gacy

Sebelum disabitkan bersalah, John bekerja sebagai badut serta pernah menguruskan tiga buah restoran KFC. Dia didapati bersalah untuk tuduhan merogol dan 33 tuduhan membunuh. Dihukum mati melalui kaedah suntikan beracun pada tahun 1994.


2.Timothy McVeigh

Timothy McVeigh pula tidak memesan makanan berat, sebaliknya hanya mahukan pencuci mulut. Dia meminta dua pain aiskrim perisa pudina dan cip coklat.

McVeigh
McVeigh,33, dari Illinois, telah penjarakan dan dihukum mati untuk 168 tuduhan membunuh. Dia telah meletupkan satu trak penuh bom di hadapan Alfred P. Murrah Federal Building di Oklahoma City pada tahun 1995. Dibunuh menggunakan suntikan beracun di penjara Terra Haute pada tahun 2001. 

3.Allen Lee Davis


Allen Lee Davis pula memesan ekor udang kara, kentang goreng, udang goreng, enam auns kerang goreng, separuh buku roti bakar bawang putih dan 32 auns root beer.

Allen Lee Davis 
Allen didapati bersalah untuk tiga tuduhan merompak dan membunuh, serta dihukum mati dengan kaedah kerusi elektrik pada tahun 1999.

4. Ted Bundy

Ted Bundy tidak memesan makanan istimewa, sebaliknya hanya mahukan ‘makanan tradisional’. Jadi pihak penjara menghidangkannya steak, telur, kentang hash browns, roti bakar beserta mentega dan jeli, susu dan jus oren.

Ted Bundy 
Ted ialah seorang pembunuh bersiri dan didapati bersalah untuk 35 tuduhan membunuh termasuk rogol, nekrofilia, dan melepaskan diri dari penjara. Dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989. Kesemua mangsa Ted adalah perempuan.

5.Ronnie Lee Gardner

Ronnie Lee Gardner meminta ekor udang kara, steak, pai epal dan aiskrim vanilla, malah dia dibenarkan menonton trilogi Lord of the Rings di hari-hari terakhirnya.

Ronnie didapati bersalah untuk tuduhan memecah masuk, merompak dan bunuh. Dia menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh skuad penembak di Utah pada tahun 2010.

SAAT TERAKHIR~










Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO