Welcome!

Promosi Hebat!

Kucing Yang Mempunyai Berat 18 Kilogram

on Selasa, 24 April 2012



Meow berjalan terkedek-kedek. Ia ialah seekor kucing yang bersaiz besar. Berat kucing bewarna oren dan putih itu ialah 40 paun (18 kg) dan Pusat Perlindungan Binatang Santa Fe sedang menjalankan misi untuk menguruskan Meow. Pemilik asalnya yang berusaha 87 tahun tidak lagi mampu menjaganya, jadi kucing jantan itu diserahkan kepada sebuah rumah perlindungan di tenggara New Mexico yang kemudiannya menghubungi rumah perlindungan Santa Fe untuk membantu.


Jurucakap Rumah itu, Ben Swan berkata:-
Kucing ini memang gemuk, tetapi ia sangat comel.
Meow kini tinggal dengan keluarga angkat. Dia akan menjalani diet khusus supaya boleh hilang beberapa paun. Matlamatnya ialah untuk dia menyingkirkan sekurang-kurangnya 10 paun sebelum dia tinggal dengan pemilik yang menerimanya. Rumah perlindungan itu bercadang untuk mengemaskini status berat Meow di laman Facebook mereka.
Tidak dapat dipastikan bagaimana kucing itu menambah berat dengan begitu banyak dalam masa dua tahun. Kucing dewasa biasanya hanya seberat tujuh hingga 12 paun.

Seorang doktor haiwan yang memeriksa Meow berkata berat yang berlebihan menyebabkan Meow sukar bermain. Tambah doktor itu:-
 Ia sangat comel. Ia melakukan apa yang biasa dilakukan oleh kucing lain, cuma ia senang mengah dan cepat letih. Kami sedang melihat apa yang boleh kami lakukan untuk membantunya.
-Dailymail UK.




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO