Welcome!

Promosi Hebat!

Izara Mula Penggambaran Filem Vanilla Coklat Mei Ini

on Sabtu, 21 April 2012

Saat nama pelakon Izara Aishah diumumkan sebagai calon Artis Baru Wanita Popular, sorakan yang kuat melimpahi segenap ruang Arena of Stars. Tidak dinafikan, populariti bintang utama Vanilla Coklat ini cukup tinggi. Walaupun tidak berjaya memenangi kategori tersebut, gadis ini terus mencuri tumpuan sewaktu acara ‘post-party’ berlangsung.
” Zara bersyukur kerana dapat tercalon sehingga ke peringkat ini. Izara anggap ini bukan rezeki Zara. Lagipun, Zara tak beri harapan besar untuk bawa pulang trofi kategori ini. Bagi Zara, kalau menang itu satu bonus untuk Zara “, ujar gadis jelita yang memakai busana anggun rekaan Cosry.
” Berada dalam Top 5 pun satu pencapaian yang bagus untuk Zara. Zara nak ucapkan tahniah pada Tasha Shila yang berjaya meraih anugerah ini “, ujar bekas finalis Dewi Remaja ini.
” Zara nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua peminat yang dah undi dan sokong Zara. Zara rasa terharu dan sangat menghargai anda semua. Zara akan berusaha tingkakan mutu lakonan Zara dan tampilkan yang lebih baik “.
Mengulas mengenai perkembangan terbaru beliau, Izara bakal memulakan pengambaran versi filem drama popular lakonan beliau bersama Aiman Hakim Ridza, Vanila Coklat Mei ini. Bagi peminat siri berkenaan yang rindu akan gelagat mereka berdua, kenalah tunggu hasilnya.
” Zara akan muncul dalam sitkom Oh My English bagi siaran Astro TViQ. Selain itu, Zara terlibat dalam pengambaran filem KL Zombie “, ujar gadis yang turut meminati bidang tarian ini.
” Dari kecil lagi Zara minat menari. Jadi kalau ada mana-mana persembahan istimewa seperti yang Kak Maria Farida dan Kak Watie Sadri buat malam ini (ABPBH), Zara tak keberatan menerimanya “.
Zara juga berkongsi dengan GUA yang beliau mengimpikan untuk membawa watak seorang ‘fighter’ seperti dalam filem Ong Bak. GUA yakin dengan bakat dan sikap rendah diri yang dimilikinya, beliau mampu muncul sebagai pelapis pelakon hebat tanahair.






Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO