Welcome!

Promosi Hebat!

Hukum Mengadakan Kenduri Arwah

on Ahad, 29 April 2012

Hukum Mengadakan Kenduri Arwah | Di Malaysia, sudah menjadi amalan biasa apabila masyarakat Islam di sini mengadakan kenduri arwah. Namun tidak semua yang mengamalkannya kerana Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengajar hal sedemikian. Tetapi apakah hukumnya jika seseorang itu mengadakan kenduri tahlil. Adakah ia dobolehkan dalam Islam. Ikuti persoalan di bawah ini mengenai hukum mengadakan kenduri arwah.
Soalan :
Saya ingin mendapatkan penjelasan Datuk mengenai mengadakan majlis kenduri arwah atau tahlil, adakah ia haram?
SHAHRUL
Alor Gajah, Melaka
Jawapan :
Ada dua pendapat ulama mengenai mengadakan kenduri arwah. Ada yang mengharuskan dan ada berpandangan sebaliknya. Pendapat yang mengharuskan melihat perbuatan sedemikian sebagai mendapat pahala dan dituntut dalam Islam selagi ia tidak memberatkan keluarga si mati.
Jangan pula dilihat sebagai kewajipan memberatkan sebaliknya jika keluarga dengan sendiri rela memberi makan pada tetamu yang hadir membaca tahlil, ia adalah harus.
Memang benar kenduri arwah dan majlis tahlil itu adalah bida’ah tetapi bida’ah hasanah (bida’ah yang baik dan setidak-tidak- nya, mendapat pahala kenduri dan zikir) kerana ia terbahagi kepada dua iaitu bida’ah hasanah (dituntut) dan bid’ah Dolalah (haram melakukannya).
Perlu diperjelaskan bahawa agama Islam itu luas, bukan sempit, dan tidak seharusnya kita menyempitkannya lagi. Malahan, bida’ah adaalah sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Pada zaman ini, banyak perkara yang tidak dilakukan oleh baginda tetapi dituntut dalam Islam.





















Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO