Welcome!

Promosi Hebat!

Fasha Sandha Sah Menjadi Isteri Jejai Dengan 2 Kali Lafaz Tahniah!

on Sabtu, 28 April 2012

Sebentar tadi telah pun berlangsung majlis pernikahan Fasha Sandha, 28 tahun dan Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36 tahun . Alhamdulillah kini Fasha telah selamat bergelar isteri kepada Jejai dengan 2 kali lafaz. Akad nikah telah dilangsungkan oleh ayah Fasha Sandha sendiri di Hotel Crowne Plaza kira-kira jam 9.45 malam tadi.
gambar nikah fasha sandha jejai
Untuk makluman, mas kahwin pernikahan Fasha dan Jejai ialah sebanyak RM8,888.88. manakala wang hantaran dirahsiakan.  Pihak pengantin lelaki turut membawa 7 dulang hantaran iaitu beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat dan dibalas 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat oleh pihak pengantin perempuan.
Selepas ini, pasangan ini dikhabarkan akan berbulan madu di Pulau Redang.Jutaan tahniah diucapkan kepada Fasha dan Jejai atas pernikahan ini. Semoga ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO