Welcome!

Promosi Hebat!

Cara Buat Lilin Dari Kulit Oren

on Rabu, 11 April 2012

1. Apa yang korang perlukan adalah buah oren, lemon atau grapefruit atau mana-mana buah sitrus yang korang minat nak guna. Kemudian, belah dua buah oren tu dan buang isi oren tu, biar tinggal tangkai putih yang kat tengah tu jaa. Tangkai tengah tu la yang akan jadi sumbu lilin ni nanti. Tengok gambar kat bawah ni..



2. Lepas tu, kat dalam kulit oren tu, korang letak la minyak dan lilin oren korang dah bersedia untuk dinyalakan.








Info tentang lilin oren:

- Api lilin hanya akan bertahan kira-kira 10 minit sahaja bergantung pada jenis minyak yang digunakan.

- Akan ada masalah bau yang kurang menyenangkan.

- Minyak yang paling sesuai kalau nak guna adalah sunflower oil sebab penyebaran bau yang tak menyenangkan tu tak teruk sangat, tambah-tambah masa akhir proses pembakaran.

- Kalau korang nak guna lavender oil pun boleh, bau memang wangi, tapi bila di akhir proses pembakaran, bau yang kurang menyenangkan adalah sangat kuat.

- Saranan terbaik adalah korang guna sunflower oil tapi campur la sikit dengan bahan wangian yang lain bagi bau dia nanti tak la kuat sangat.

- Mungkin jugak kalau bahagian dasar kulit oren tu di bakar sedikit terlebih dahulu dan lepas tu baru tuang minyak, mungkin bau yang lebih menarik akan keluar, siapa tahu kan? Hehehehe..








Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

10 min jer menyala? haha...


11 April 2012 pada 3:12 PTG

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO