Welcome!

Promosi Hebat!

Betul ker Proton banyak menciplak design kenderaan Mitsubishi?

on Khamis, 26 April 2012

Sebelum itu tahniah diucapkan kepada Proton di atas kejayaan terhadap Proton Preve.. Syabas!!! 



Proton Saga 1985 dan Mitsubishi Lancer Fiore 1983

Mitsubishi Fiore ini adalah generasi ke-4 bagi model Lancer. Proton membuat sedikit perubahan termasuk sekali dengan lambangnya. 

Takkan la nak pakai lambang Mitsubishi pulak kan? Untuk model Iswara pula, Proton masih menggunakan rekabentuk yang sama tetapi berlaku perubahan terhadap bumper,grill dan lampu. 

Kemudian pada tahun 1993, Proton Wira pula diperkenalkan menggunakan gabungan rekabentuk daripada Mitsubishi Lancer dan Mirage.

Proton Wira 1.8 1996 dan Mitsubishi Lancer Evo II 1994

Pada tahun 1995, Proton mengeluarkan kenderaan bentuk hatchback iaitu Proton Satria. Kereta ini juga diubahsuai daripada model Mitsubishi Mirage hatchback. 

Dalam tahun yang sama juga, Proton memperkenalkan Proton Putra yang diambil daripada Mitsubishi Mirage Coupe.

Proton Putra 1995 dan Mitsubishi Mirage 1991

Kemudian Proton mengeluarkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri eksekutif iaitu Proton Perdana dalam tahun yang sama. Ianya diambil daripada model Mitsubishi Galant Eterna.

Proton Perdana 1995 dan Mitsubishi Galant 1992

Kemudian Proton melancarkan Proton Tiara pula dengan saiz yang kompak. Kereta tersebut saling tak tumpah dengan Citroen AX cuma berbeza pada bahagian grill dan bodykit je.

Proton Tiara 1996 dan Citroen AX 1986

Kemudian, Proton melancarkan Proton Waja pada tahun 2000.Kereta yang dilihat sedikit eksekutif dan elegan ini diubahsuai daripada model Mitsubishi Carisma.

Proton Waja 2000 dan Mitsubishi Carisma 1995

Pada tahun 2001 pula, Proton melancarkan Proton Juara yang diubahsuai daripada Mitsubishi TownBox.

Proton Juara 2001 dan Mitsubishi TownBox 1999

Perubahan yang dilakukan ialah terhadap bodykit dan juga lain-lain. Kemudian, pada tahun 2011, Proton melancarkan Proton Inspira yang diinspirasi daripada Mitsubishi Lancer Evo X. 

Walaupun ianya diubahsuai daripada platform Evo, enjinnya tidak menggunakan sistem Turbocharger. Habis kuat pun hanya 1000 unit terawal yang menggunakan enjin Mivec.

Proton Inspira 2011 dan Mitsubishi Lancer Evolution X 2007

Baru-baru ini Proton melancarkan model terbaru iaitu Proton Preve pula. Ada pula yang mengatakan ianya diciplak daripada Kia Forte. Kalau tengok pada rupa memang la sama, mungkin sebab permintaan pasaran terhadap konsep kereta tersebut. 

Takkan orang lain dah keluarkan kereta konsep futuristik kita masih lagi nak keluarkan kereta bentuk kotak macam Saga lama tu lagi kan?

Proton Preve 2012

Kia Forte 2008

Cuba tengok betul-betul dan bezakan sendiri. Jangan salahkan Proton kalau dia nak ciplak ke ape ke. 

Aku bangga Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun pada mulanya cedok daripada luar. Bukan macam segelintir yang hanya tahu mengkritik sahaja. 

Jangan salahkan Proton, sebaliknya salahkan diri kerana kenapa tidak anda sendiri yang cipta kereta anda sendiri??? Anda berhak mengkritik jika anda mampu mencipta kereta sendiri.
















Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO