Welcome!

Promosi Hebat!

Berani Punya Budak (Sinopsis & Video Trailer)

on Jumaat, 27 April 2012



Filem Berani Punya Budak merupakan adaptasi filem Brave yang sebelum ini mendapat perhatian di Thailand di mana filem ini memang untuk pasaran Thailand dalam bahasa Thailand.
Tapi, apa yang boleh kita lihat, dari segi watak lakonan dan pelakon-pelakon dalam filem Berani Punya Budak ini memang semuanya mantap! Mana tak’nya, pelakon lawak yang baru menerima anugerah Pelakon Komedi 2011, Johan Raja Lawak turut berlakon dalam filem Berani Punya Budak ini.
Selain Johan, Nabil Raja Lawak juga berlakon dan dibantu oleh Adlin Aman Ramlie, Awie dan ramai lagi. Oh ya, Afdlin Shauki dah tentu juga berlakon dan merupakan pelakon utama bersama rakannya dari ThailandMike B juga pelakon asal filem Brave.
Pengarah
Afdlin Shauki
Skrip & Lakon Layar
Afdlin Shauki
Pelakon:
Afdlin Shauki, Awie, Sharifah Sofea, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak
Produser
Afdlin Shauki
Produser  Eksekutif:
Datuk Jason Lau
Sinopsis
Pairote (nama singkatan “B”)  telah dipaksa oleh satu kumpulan Mafia terbesar di Thailand untuk mencuri maklumat kerangka utama klien dari  Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia telah menjadikan Lita (naib presiden syarikat tersebut) sebagai tebusan dan memaksa beliau untuk memberikan kata laluan yang membolehkan Pairote menyudahkan tugasannya dan beliau  kemudiannya berjaya melarikan diri.
Dia melakukannya demi abangnya Tong, yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan sebagai tukaran untuk maklumat yang sepatutnya dicuri itu.
Tetapi keadaan menjadi buruk bila kumpulan mafia tersebut cuba membunuh Pairote dan adiknya menggunakan bom yang diikat di badan Tong setelah mereka mengumpannya ke sebuah kilang.
Selepas Kovit, ketua gengster tersebut mengetahui yang adik-beradik tersebut terselamat, dia telah menghantar orang kanannya untuk memburu mereka. Pairote telah ditembak oleh Mai, yang merupakan bekas rakannya yang telah bertukar menjadi musuh dari atas sebuah bangunan sehingga Pairote hampir mati.
Tong, menjangka adiknya sudah mati, memutuskan untuk kembali ke Malaysia, tetapi mendapat tahu adiknya terselamat. Mereka memutuskan untuk membalas dendam untuk diri mereka dan memaksa Mai untuk menunjukkan mereka tempat persembunyian Kovit.  Mereka bagaimana pun ditangkap dan mereka mendapat tahu pencurian data tersebut adalah satu perangkap dan Kovit perlukan ‘kambing hitam’, iaitu Pairote.
Mereka telah bertemu kembali dengan Lita yang diserang, dan mendapat tahu yang suami Lita ialah Presiden Wealthy Bank yang membunuh diri selepas kejadian pencurian data tersebut. Pairote dan Tong merasa bersalah dan berjaya melepaskan diri dari kurungan Kovit dan membawa Lita bersama mereka.
Namun mereka akhirnya bertemu kembali dan bertempur dengan gengster-gengster tersebut termasuk Kovit dan seorang konconya yang handal bergaduh. Ia adalah satu pertempuran yang panjang untuk nyawa mereka dan untuk mengetahui mengapa Kovit merancang perangkap tersebut sebenar-benarnya.





























Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO