BEIJING – Seorang wanita tidak sengaja telah mengepam bayi yang baru dilahirkan ke dalam lubang tandas, menyebabkan bayi tersebut kini dalam keadaan kritikal dan bertarung nyawa di hospital.
Bayi itu berjaya dikeluarkan selepas pihak berkuasa mengambil masa selama 15 minit untuk mencari kedudukannya.
Selepas berjaya dikesan, mereka terpaksa memecah saluran paip di bangunan itu dalam usaha mengeluarkan bayi tersebut.
Dia bernasib baik kerana saluran lubang tandas itu agak besar dan membolehkannya melalui lubang itu bersama air yang dipam.
Drama menggemparkan itu berlaku di bandar Zhaoyang pada Sabtu lepas. Wanita tersebut ketika itu dalam perjalanan hendak ke hospital untuk bersalin ketika singgah menggunakan tandas jenis cangkung itu.
Ketika kejadian, wanita itu memasuki tandas dan meminta suaminya menunggu di luar.
Kejadian sama pernah berlaku kepada seorang ibu muda berusia 19 tahun di wilayah Jiang Su pada 2006.
Namun bayi berkenaan berjaya diselamatkan dan dia pulih sepenuhnya.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan