Welcome!

Promosi Hebat!

Apakah Hukum Mewarnakan Rambut?

on Khamis, 5 April 2012

Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja amat gemar mewarnakan rambut dan menganggap ia sebagai satu trend terkini. Golongan ini tidak sedar bahawa mewarnakan rambut merupakan salah satu daripada perkara yang dilarang dalam Islam. Ikuti tentang persoalan yang diajukan oleh individu tentang apakah hukum mewarnakan rambut dalam syariat Islam.
Soalan  :
Assalamualaikum Ustaz , boleh ke seorang muslim mewarnakan rambutnya dgn pewarna rambut yang dicop halal contohnya dari jenama wella?. Sekiranya tak boleh dan dia telah pun mewarnakannya macam mana? Tolonglah Ustaz, saya ingat tahu jawapannya.
Dari,
Mushkil.
Jawapan : 
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Haram bagi seorang Muslim mewarnakan rambutnya dengan pewarna rambut walaupun diperbuat daripada benda yang halal kerana perbuatan ini termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah.
Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud yang bermaksud
(Allah Ta’ala mengutuk sekelian wanita yang mengukir badan, dan yang minta diukir, wanita yang merubah bulu mata (memakai bulu mata palsu), mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim)
Harus bagi seorang Muslim mewarnakan rambut/janggut yang putih (beruban) dengan pewarna yang suci/halal (contohnya inai) selain daripada warna hitam.
Sekian, wassalam.




Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO