Welcome!

Promosi Hebat!

5 Tips Cemburukan Kekasih

on Selasa, 3 April 2012




Ubah penampilan diri – Lihatlah diri korang tu, kalau sebelum ni hanya berpenampilan biasa2 aje cuba untuk mengubahnya secara drastik. kekeke maksudnya tiba2 aje dah pandai nak make up lawa-lawa, kuar sket je pakai wangi2. Gaya potongan rambut pun makin seksi ehehe. Biar si dia perasan yang penampilan korang berubah. Pasti si dia tertanya2 adakah perubahan itu demi korang atau saja2 ^^ ..



Tayang barang istimewa – Ok, yang ni korang boleh fikirkannya samaada nak beli kasut, handbag, jam tangan, patung teddy atau apapun yang layaknyanya dijadikan barangan istimewa. Macamana caranya? hehe korang juz sekalikan gift tadi ngan kotak yang special. pastu letak kat tempat yang si dia boleh menjumpainya contohnya kat bilik atau dalam beg korang. Si dia pasti rasa cemburu kerana barang seistimewa itu bukan darinya. Kalau si dia bertanya tentang tu jangan cakap tentang mengenainya. Cakap aje “ada lerr” hehe..kasi suspend kekasih korang tu sket..padahal beli sendiri ^^ hehe

Ceritakan kelebihan kawan2 lelaki/wanita korang – Yang ni korang boleh kaitkan apa2 saja tentang kawan2 korang. Cakap la tentang apa yang kekasih korang tu tak boleh buat. Contohnya, kalau si dia suara macam katak alias tak pandai menyanyi, korang cerita la ada seorang kawan keje atau masa sekola tu pandai menyayi. Pastu cakap la korang suka orang yang pandai menyanyi..berikan sekali senyuman sinis pada si dia..ehehe pasti si dia rasa cemburu sebab dia kekurangan yang tu..ehehe =D



Berhibur bersama kawan2 – Korang boleh sms & col buah ati korang tu cakap nak pergi ikut kawan2 shopping, gym, tengok wayang, pergi taman, karaoke atau mana2 tempat yang boleh dianggap boleh cuci mata atau ramai orang..heehe ^^ …kononnya bosan, nak ikut kawan2 berhibur. Si dia pasti tidak senang hati & korang boleh cakap jangan risau, enjoy ngan kawan2 aje..hehe pastu korang cakap la “mungkin lewat sket balik” pasti si dia rasa cemburu, padahal awal2 lagi dah lekat kat rumah..ahah =)



Kerap tengok Handphone – Tips kali ni yang paling senang, masa korang keluar dating atau jalan-jalan ngan kekasih korang tu. Handphone biar lekat kat tangan. Selalulah tengok phone korang tu walaupun tak tau nak tgk ape hehe..Alaa buat2 tengok jam aje la. Tak pun korang korang juz buka mesej kosong ataupun korang taip lah sesuatu kat mesej tu contohnya “mari bercinta”, kot2 si dia tertengok secara curi pastu tanya pasal tu cakap je tu kan tajuk lagu..hahaha… Selain tu kalau2 korang dapat mesej dari kawan2 perkara yang korang buat ialah tengok kekasih korang tu dulu. Pastu tgk balik handphone tu kekeke..pasti syak sesuatu tu, respon si dia cemburu punya la..

Begitulah 5 tips mudah cemburukan buah hati korang tu. Kadangkala cemburu tu perlu agar perasaan cinta yang malap sebelum ini lebih bersinar. Diharapkan cinta yang baik tu dapat diteruskan. Janganlah korang buat lebih2 pulak, hanya sekadar saja aje..hehe wajib senyum yer kalau berjaya.





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO