1. PEMBUANG MASA
Golongan ini memang favourite antara kita. Malah mungkin kita sendiri kadangkala termasuk dalam golongan ini. Mereka ini sering membuang masa padahal macam2 perkara berfaedah boleh dilakukan. Jauhilah diri dari golongan ini kerana ia paling mudah dijangkiti. Untuk berjaya, fokuskan usaha, tenaga dan masa kita kepada perkara yang berfaedah dan memberi pulangan kepada diri kita, keluarga dan agama. Masa jauh lebih berharga daripada emas kerana perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa yang telah berlalu mana mungkin kita akan mendapatkannya lagi...
2. PEMBERI ALASAN
Golongan ini juga mudah untuk kita sertai. Mereka ini sering kali mudah memberi alasan daripada memikul tanggungjawab. "Mengapa lewat datang kerja?" Jawapan: "sebab traffic jam" Soalan: "Mengapa tak siap lagi kerja tu?" Jawapan: "Komputer kena virus" Soalan: " Mengapakah tak nak join perniagaan yang hebat ini?" Jawapan: "Tak ada Modal". Teringat pula pada kata2 sifu motivasi negara Dato Dr Fadhilah Kamsah. "Orang lain buat duit kita asyik buat alasan saje...yang amat dalam maknanya. Janganlah kita terlalu mudah buat alasan kerana kunci kejayaan terletak pada pilihan yang kita buat. Samaada kita datang lewat maka tidak dapat siapkan kerja atau tidak mahu mulakan perniagaan maka kita tiada peningkatan pendapatan itu semua pilihan kita percayalah.
3. SERING MENYALAHKAN ORANG LAIN.
Golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitaran sebagai penyebab mereka tidak berjaya. Ketika gawat ekonomi dulu ramai usahwan merungut, "susah nak cari pelanggan ekonomi down". Benarkah ekonomi yang salah? Ataupun kita yang tak pandai mencari peluang lain ketika ekonomi kurang stabil ? Ataupun kita yang tidak menggandakan usaha ketika ekonomi menuntut kita untuk lebih berusaha? Ataupun kita tidak sediakan plan B jika sesuatu yang tidak dijangka terjadi kepada perniagaan kita. Untuk berjaya 100% tanggungjawab perlu dipikul oleh diri sendiri. Sesuatu yang hebat yang berlaku kepada diri kita adalah atas usaha kita. sesuatu yang tidak diingini juga berlaku, juga adalah salah kita sendiri..
4. BERFIKIRAN NEGATIF
Memang lumrah kita manusia mudah berfikiran negatif berbanding positif. Statistik menunjukkan 90% antara kita adalah berfikiran negatif 10% aje yang berfikiran positif dan hanya 1% daripada 10% itu yang sentiasa positif. Yang menjadi masalahnya golongan negatif ini menjadi terlalu ramai kerana mereka sering menyuarakan fikiran negatif tersebut dan seterusnya tersebar virus2 negatif itu kepada yang lain. sebagi contoh: apabila kita nak memulakan sesuatu perniagaan , mungkin keyakinan kita agak ragu2. sering kali perasaan takut atau negatif itu terlintas dalam fikiran kita dan membuatkan kita lemah semangat. Lebih buruk lagi pada masa yang sama ada pula kawan yang menyuarakan pandangan yang negatif. Pastinya akan memberhentikan langkah kita.
5. TIDAK ADA USAHA UNTUK MENAMBAH ILMU.
Pernahkan anda terfikir kita terpaksa belajar selama 5 hingga 10 tahun untuk mendapat sekeping ijazah dengan membelanjakan puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk menamatkannya. setelah graduate kita hanya dibayar sekitar 2ribu hingga 5ribu sebulan. Ramai antara kita yang sanggup.Tetapi untuk memulakan perniagaan yang mempunyai potensi pendapatan puluhan malah ratusan ribu ringgit sebulan kita tak sanggup untuk belajar untuk menambah ilmu walaupun cuma untuk tempoh 6bulan hingga setahun dan hanya membelanjakan tak sampaipun sepuluh ribu. Ramai kita yang tak sanggup. untuk berjaya 100% proses menuntut ilmu perlulah berterusan kerana kita baru dalam bidang ini walaupun kita telah ada Phd sekalipun dalam bidang lain tak bererti kita lebih pandai jika masuk ke bidang perniagaan ini.
SumbeR
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan