Welcome!

Promosi Hebat!

5 Ego Lelaki Yang Wanita Patut Tahu

on Ahad, 8 April 2012

As-Salam.
Lelaki memang punyai ego yang tinggi. Jika seorang wanita tidak bijak menangani ego seorang lelaki, mungkin nanti parah jadinya. Ego akan membawa kepada sifat lain yang tidak baik, contohnya seperti pemarah, suka memukul, rajuk dan macam-macam lagi. Lelaki memang tiada dapat diduga ... adakala lelaki yang senyap juga punyai ego yang hebat sampaikan runtuh sebuah rumah pun, mereka masih tetap dengan ego mereka.

Jadi, apa yang ada pada ego seorang lelaki? Ego melambangkan dominan mereka, ego merujuk kepada kekuatan mereka. Ego menjadikan mereka itu ketua .... errrkkk benarkah? Hanya mereka yang berlainan jantina boleh menyiakannya.

5 Ego Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

Ego Terhadap Kata-Kata
Lelaki pantang kalau kata-katanya dinafikan kebenaran. Lelaki berfikir, mereka sentiasa betul. Sukar mahu mengalah.... apatah lagi terhadap wanita.

Ego Terhadap Pujian
Lelaki suka pada pujian, cubalah puji seorang lelaki. Pasti akan terasa bangga tak terkata. Kalau seorang wanita memuji seorang lelaki lain di hadapannya, tentu tercalar egonya, lebih-lebih lagi andai segala kelebihan itu benar pada lelaki yang lain itu.

Ego Terhadap Tingkah Laku
Ada waktu, lelaki ini selalu mahu menang atas sesuatu perbuatan yang mereka lakukan. Apabila mereka lakukan sesuatu, mereka merasakan tindakan itu adalah betul pada pandangan mereka, sedangkan ia tersilap. Kerana egonya, sukar mahu dia berkata .. "oh aku tersilap".

Ego Mempunyai Pasangan Cantik
Lelaki. Kalau ada pasangan, pastinya akan digah akan pasangannya itu. Sukar buat mereka untuk terima kekurangan yang ada pada pasangan mereka, kerana pada anggapan mereka, pasangan mereka adalah terbaik.

Ego Penampilan Diri
Uishhh ...jangan sesekali dok tegur pakaiannya tak sesuai, atau rambutnya kusut macam ungka tersesat. Jika lelaki ditegur akan cara penampilan dirinya yang tidak teratur, pasti akan ada alasan yang berderet untuk pertahankan apa yang mereka sedang tampilkan.

..... itulah lelaki, kalau berkata pasal ego ...boleh jadi panjang entri ini. Mungkin lain kali boleh disingkap perkara lain untuk direnungi bersama.













SumbeR
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO