Welcome!

Promosi Hebat!

Jom Tengok Payudara Wanita Wahai Lelaki!

on Isnin, 30 April 2012

Jom Tengok Payudara Wanita Wahai Lelaki!




Opsss!! Entri panas!!! Huhuhu....Ni bukan entri lucah ok.... Dan bukan jugak entri nak ajak semua lelaki buat perkara tak senonoh ni tapi ni just nak kongsi dengan korang pasal satu artikel ni yang aku jumpa kat Facebook... Huhuhu... Nak tau artikel apa? Tengok bawah ni....



Haaa.... Amacam? Apa pendapat korang pasal artikel ni? Huhuhu.... Apa lagi... Cer komen, cer komen.... Huhuhu...











sumber
Tag : ,

Kelebihan Payudara Besar 6 Gambar



Jika sebelum ini nasihangit pernah keluarkan entri kelemahan awek yang memiliki payudara yang besar, kali ini nasihangit nak buat satu entri lagi bagi membela golongan yang mempunyai payudara yang besar. Ingat, lelaki pun ada breast jugak. Jadi, jangan suka sangat. Hahaha ;3







Pengajarannya ialah terimalah diri kita seadaanya. Janji kita bahagia tak kacau hidup orang lain. 























































Tag : ,

10 Orang Pertama Mendaftar Facebook

Inilah ranking 10 orang pertama yang mendaftar di Facebook-:
.


1. Mark Zuckerberg


Merupakan founder Facebook yang petama daftar website nih.. mestilah dia kan.. Dengan nombor id 4

.
2. Chris Hughes


Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook yang merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di University Harvard.Selain menjadi co-founder facebook,Chris Hughes menjadi popular setelah dia membuat website untuk Obama iaitu my.barrackobama.com yang dikatakan menjadi penyumbang besar sehingga Obama menjadi presiden kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat.
Nombor idnya ialah 5.

.
3.Dustin Moskovitz


Dustin Moskovitz adalah Co-Founder Facebook dan merupakan teman sebilik Mark Zuckerberg semasa belajar di University Harvard.Moskovitz memiliki saham Facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 million US$.Forbes menyatakan dia merupakan millionanre termuda di dunia.
Nombor idnya ialah 5.

.
4. Arie Hasit


Arie Hasit merupakan kawan baik Mark Zuckerberg,ini kerana mereka berdua sering lepak bersama-sama sewaktu belajar di University Harvard.Mereka berdua juga merupakan Jewish/Yahudi.Sekarang dia bekerja sebagai juru bicara angkatan bersenjata Israel. Nombor idnya ialah 7.

.
5. Marcel Georgés Laverdet II


Sikit jer maklumat mengenai mamat nie.Dia bekerja di Facebook. Nombor idnya ialah 10.

.
6. Soleio


Soleio merupakan pegawai teknik Facebook. Di page Facebook nya,dia menyatakan ianya berhubungan dengan teknikal Facebook. Nombor idnya ialah 11.
.

7. Chris Putnam


Chris Putnam merupakan salah seorang software engineer Facebook.tu jer Nombor idnya ialah 13.
.

8. Andrew McCollum


Andrew McCollum ialah kawan sekelas dengan Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus menjadi design grafik pertama Facebook. Dialah yang merancang logo facebook untuk pertama kalinya. Nombor idnya ialah 26.
.

9. Colin Kelly


Merupakan pelajar Universiti Harvard dan berkemungkinan besar ialah teman sekelas Mark Zuckerberg.Kebanyakan pemilik-pemilik id-id yang kecil ialah pelajar Universiti Harvard kerana memang pada awalnya, Facebook dikembangkan untuk kepentingan pelajar dan mahasiswa Harvard. Nombor idnya ialah 27.
.

10. Mark Kaganovich


Mark Kaganovich ialah pelajar Harvard dalam bidang sains komputer. Dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network seperti Facebook,tetapi dikhususkan oleh para ilmuan sahaja. Nombor idnya ialah 28.










Tag :

Spesies Penyu Yang Jarang Ditemui


Kira-kira 18 ekor penyu dari spesies jarang ditemui yang diseludup ke Hong Kong telah dipulangkan semula ke habitat asalnya di Filipina. Ketua Jabatan Hidupan Liar Filipina, Mundita Lim berkata, haiwan tersebut dirampas di lapangan terbang Hong Kong pada Februari daripada seorang pelajar warga China.





Turut dirampas bersama adalah 13 kotak penyu biasa. Spesies penyu tersebut hanya ditemui di Kepulauan Palawan yang terletak di barat daya Manila. Hanya kira-kira 120 penyu lagi berada dalam jagaan jabatan hidupan liar negara itu. Lim berkata haiwan berkenaan diseludup masuk untuk dihadiahkan sebagai haiwan peliharaan ataupun dijadikan makanan. Gabenor Palawan menerima haiwan tersebut di lapangan terbang Manila pada Jumaat.
Tag :

Wanita Habiskan 5 Jam Sehari Untuk Gossip,Betul Ke?

Office gossip: Women spend up to five hours a day gossiping according to a new study

Bukannya suatu yang mengejutkan..dan tak perlulah kaum wanita melatah dengan entry terkini aku kerana kalau kenyataannya begitu.Bukan niat untuk merendahkan martabat atau sewaktu dengannyya tetapi sekadar berkongsi kajian yang dilakukan sememangnya kaum wanita memang ringan mulut dalam perbagai hal-hal dari dalam kain,tepi kain,bucu kain dan sanggup melondehkan kain sendiri atau pun orang lain dengan menggosip secara purata 5 jam sehari.Lokasi menggosip selalunya tidak mengira tempat..samada di rumah atau pun tempat kerja.Jika di rumah lokasi pilihan adalah 
seperti:-

sewaktu sedang menjemur kain,kebetulan jiran sebelah juga menjemur kain..episod menggosip mungkin tidak berakhir di situ dan selalunya akan bersambung keesokan hari di waktu yang sama.
@
 sewaktu sedang menyiram bunga 
@
lokasi yang selalunya popular adalah kedai runcit berdekatan 
@
 kenduri kendara..sambil menghiris bawang..sok..sek..sok..sek....."Ehhh..ko nak tahu tak.....bla..bla....bla...

Samaada di rumah  atau tempat kerja wanita menghabiskan 298 minit untuk bergossip setiap hari bagi membincangkan masalah orang lain,dating si polan dengan si polan atau masalah anak orang lain begitu dan begini selalunya menjadi asas perbualan.Antara topik lain yang menjadi pilihan ialah sex,shopping dan sabun.Kajian juga menunjukkan wanita menggunakan 24 minit membincangkan berat badan,diet dan saiz pakaian.

Dan satu pertiga daripada wanita mengatakan bahawa mereka menghabiskan sebahagian hari-hari mereka membincangkan apa yang mereka makan untuk makan tengah hari, manakala 1 / 4  tentang kekerapan menukar resepi masakan.Kaji selidik itu telah lakukan oleh FirstCape Cafi Collection dalam edidsi pencarian Britain’s Queen of Chat.

Menurut Jurucakapnya Steve Barton

"Ia juga menarik untuk melihat bagaimana perbualan yang berbeza antara wanita yang bercakap dengan satu sama lain dan wanita yang bercakap dengan pasangan mereka. '
Wanita juga suka bercakap mengenai pembedahan platik yang mereka impikan.,perangai ibu mertua mereka dan artis selebriti mana yang mereka impikan.

Kajian juga mendapati:-

17 minit di habiskan untuk bergossip sebelum sampai ke tempat kerja

Separuh dari seminggu masa di habiskan bagi wanita yang mempunyai jiran yang mesra 

38 % dari wanita mengaku ,12 minit di habiskan untuk bercakap dengan pembantu kedai

Wanita lebih suka berbual dengan rakan-rakan mereka ,tetapi rakan kongsi dan ibu mereka,topik perbualan adalah lain sama sekali.

Suami adalah tempat berbual bila menghadapi tekanan kerja.

Tetapi 36 % daripada wanita mengatakan bahawa mereka tidak boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia kawan dan bahawa mereka sering memberitahu rahsia rakan kepada pasangan mereka,

Really? Women enjoy talking about different subjects to different people in their lives

APA YANG WANITA BUALKAN DAN DENGAN SIAPA MEREKA BERBUAL


1. membeli-belah
2. Diet dan senaman
3. Cuti
4. Apa yang mereka akan lakukan dengan kemenangan loteri
5. Kebimbangan Kesihatan 
6. makan tengah hari
7. Siapa menjeling siapa
8. Hubungan masalah orang lain
9. Kanak-kanak
10. resipi
11. Membincangkan hujah-hujah dengan pasangan mereka
12. saiz pakaian
13. sabun
14. Kanak-kanak
15. Anak-anak orang lain
16. Siapakah mereka mewah
17. Ibu mertua
18. pembedahan kosmetik
19. Mengadu mengenai rakan kongsi
20. Bagaimana orang-orang menghadapi hari tua
Tag :

Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah

azwan%20man%20u%202 Wanita Tertarik Dengan Lelaki Memakai Warna Merah


Satu kajian dari University of Rochester, diketuai oleh Prof. Andrew Elliot, mendapati wanita lebih tertarik dengan lelaki yang memakai warna merah. Bukan merah jambu tau.
Kajian tersebut melibatkan 288 orang wanita dan 25 orang lelaki. Ianya dilakukan dengan memberikan mereka satu set borang soal selidik dan gambar lelaki yang memakai baju pelbagai warna. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan penampilan, tarikan seksual, status dan pelbagai perkara lagi. Wanita yang terlibat dalam kajian tidak menyedari kajian itu adalah berkaitan dengan warna, kajian tersebut menunjukkan wanita tertarik pada penampilan, status dan tarikan seksual apabila mereka melihat lelaki memakai pakaian berwarna merah.
Kajian itu juga mendapati hanya wanita yang terkesan akibat warna dan tidak bagi lelaki.

Warna merah membuatkan lelaki nampak lebih menarik, nampak lebih berkuasa dan sedikit daya tarikan seksual, tetapi itu semua tidak membuatkan mereka nampak lebih mudah didekati atau nampak baik.
Kajian tersebut telah diterbitkan di dalam Journal of Experimental Psychology: General.
Merah juga sinonim dengan sesuatu yang hebat dan berkuasa. Antara yang aku boleh senaraikan ialah Manchester United, Ferrari, Sepanyol, Arsenal, Liverpool, Air Asia, CIMB Bank, Shell, Cili, Darah, orang marah, Kelantan dan tidak dilupakan Selangor (Red Giant)
Tanpa anda sedari atau tidak, bila ada kombinasi 3 atau 2 warna, kebiasaanya kita akan menyebut warna merah dahulu. Nak aku bagi contoh. Cuba sebutkan warna bendera Malaysia? Cuba sebutkan warna bendera selangor.
Selepas ini kita pakat ramai-ramai untuk membeli baju yang berwarna merah ok. Dalam koleksi pakaian aku, rasanya aku ada 5 helai baju berwarna merah. 
Adakah ketika aku memakainya aku nampak lebih menarik?? :-)
Sumber : dailychilli
Tag :

Mencari Lelaki Jutawan Sebagai Teman Hidup?



Bagi yang wanita yang  masih tercari-cari pasangan hidup,entry ni khas buat mereka.Bagaimanakah kriteria atau ciri ciri lelaki idaman wanita.Walaupun aku bukan wanita,aku tolong jawab sebab ini entry ni aku buat tengah malam di kala manusia sedang lena beradu aku terkebil-kebil mengetik keyboard ni.Mulut ni dah empat lima kali menguap ..menganga bukan main luas lagi..mulut buaya pun jatuh nombor dua.Let's go to the point...
Cinta....geli aku nak sebut .Selalunya jodoh dikaitkan dengan cinta..tidak kiralah samaada cinta monyet atau cinta si tenuk,Cinta SMS,Cinta Lombok dan yg sewaktu dengannya.Zaman dijodohkan oleh orang tua dah lama berlalu.Cinta si gadis mungkin berdasarkan paras rupa jejaka yang encem,tubuh sasa,penampilan yang menarik,perwatakan ,pendidikan dan yang paling juling mata bila membuat pilihan ialah harta.Masih ada manusia mengatakan harta tidak dapat membeli kebahgiaan...tetapi jika anda di beri peluang untuk bertemu dengan Lelaki yang aku nak perkenalkan ini...adakah anda mampu menolaknya jika mereka bersetuju menjadikan anda sebagai teman hidup.Mereka adalah hartawan pada usia muda dan rata-rata dibawah 40 tahun.

Mark Zuckerberg

Pada usia 26 tahun, pengasas Facebook itu dikatakan bernilai RM40 bilion. Zuckerberg memiliki 24 peratus saham laman web sosial itu. Dia kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif dan Presiden Facebook, yang diasaskan bersama tiga lagi rakan sekelasnya ketika belajar di Universiti Harvard pada tahun 2004.

Sergey Brin dan Larry Page

Brin, 35 dan Page, 36, berjumpa dalam satu program sains komputer di Universiti Stanford dan kini masing-masing bernilai RM35.6 bilion setiap seorang sebagai pengasas enjin pencarian terkenal, Google. Mereka keciciran daripada meneruskan pelajaran ke peringkat doktor falsafah pada tahun 1998 untuk memulakan Google daripada garaj seorang rakan. Google akhirnya menemui orang ramai pada tahun 2004.

Sheik Mansour Bin Zayed Al Nahayan

Berusia 39 tahun, Sheik Mansour, yang juga salah seorang kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu, membelanjakan RM891 juta untuk memiliki kelab bola sepak Manchester City. Memiliki kekayaan bernilai RM14.5 bilion, Sheik Mansour pernah menyelamatkan bank Britain dengan pelaburan tunai sebanyak RM14.8 bilion.


Daniel Ziff

Bersama-sama dua abangnya, Dirk dan Robert, mereka melabur dalam hartanah, hutang korporat dan ekuiti menerusi Ziff Brothers Investement. Syarikat penerbitan yang diwarisi daripada bapa mereka berkembang menjadi konglomerat media dengan menerbitkan pelbagai majalah. Memiliki kekayaan bernilai RM10 bilion pada usia 37 tahun, Daniel dan dua abangnya menjual 95 peratus daripada perniagaan mereka kepada Forstmann Little pada harga RM4.1 bilion pada tahun 1994. Hari ini dana keluarga itu dikatakan bernilai lebih RM29.7 bilion.


Putera Albert von Thurn und Taxis

Pernah termasuk dalam senarai hartawan dunia pada usia lapan tahun, putera Jerman itu secara rasmi mewarisi kekayaannya pada Jun 2001, sempena hari jadinya yang ke-18. Memilik kekayaan dianggarkan bernilai RM6.2 bilion, aset Albert, 25, termasuk hartanah, lukisan, syarikat teknologi dan 30,000 hektar tanah di Jerman. 

P/S ;Kajang Pak Malau Kajang Berlipat..Kajang Hamba Mengkuang Layu
      Dagang Pak Malau Dagang Bertempat..Dagang Hamba Musafir Lalu
huhuhuhuhu...........!
Esok nak ajak Pak Malau makan sate kat Kajang,baru boleh jadi Pak Mertua..

Tag :

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO