Welcome!

Promosi Hebat!

Syiling 10 sen yang tertera tahun 1971 berharga RM280

on Rabu, 21 Mac 2012














Apa yang specialnya dengan tahun 1971 ni? sebelum 1971, wang syiling diproses dan ditempa di kilang luar negara yang terletak di Jerman Barat serta dibuat dalam bilangan yang banyak kerana digunakan untuk Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pada tahun syiling tersebut dibuat, Singapura telah berpisah dengan Malaysia dan buat pertama kali negara ini mula menempa wang syiling sendiri.

“Tahun itu juga telah berlaku bencana banjir besar di Kuala Lumpur sehingga mesin penempa wang syiling itu ditenggelami air dan rosak. Jadi, pada tahun itu, hanya lebih kurang 32,000 keping wang syiling yang sempat dibuat,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Angka 32,000 itu boleh dianggap terlalu sedikit berbanding tahun-tahun lain dengan pengeluaran wang syiling mencecah beratus-ratus juta keping bagi setiap jenis syiling.

Disebabkan perkara tersebut, syiling 10 sen itu menjadi begitu bernilai sehingga angkanya mencecah ratusan ringgit.

Ayat-ayat dekat atas ni admin petik dari artikel di Kosmo Online.  Jadi bagi sesiapa yang ada tabung tu bolehlah mula semak satu-satu syiling yang korang ada. Kalau tak silap admin syiling 50 sen pun ada yang berharga tapi tak pasti tahun berapa. 

Biasanya orang mencari syiling-syiling seperti ini kerana ada nilai-nilai tersendiri. 





Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO